GERAKAN, DAP Bergabung Tenaga Tentang Perlaksanaan Hudud

GERAKAN-tentang-hudud

KUALA LUMPUR - Pergerakan Pemuda Parti Gerakan akan mengambil tindakan undang-undang jika Pas terus membentangkan usul Rang Undang-Undang Persendirian untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan.
  
Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang berkata, tindakan itu diambil bagi mempertahan dan melindungi Perlembagaan Persekutuan yang tidak pernah memperuntukkan apa-apa dalam melaksanakan hukum hudud.
  
"Pas bercadang membentangkan usul ini di Parlimen berkemungkinan awal Jun ini atau selewat-selewatnya September. Jika ia terjadi, kami akan membentuk jawatankuasa pasukan peguam yang akan meneliti perkara tersebut.
  
"Dan sekiranya usul itu pula diluluskan di Parlimen, maka jawatankuasa yang diwujudkan itu akan cuba mendapatkan perintah mahkamah untuk membatalkan keputusan itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan notis tindakan undang-undang kepada Penolong Setiausaha Dewan Pemuda Pas Pusat, Yusapiza Yaakob, di Ibu Pejabat Pas Pusat di Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.

Keng Liang berkata, pelaksanaan hudud juga akan mengakibatkan kewujudan dua sistem perundangan jenayah berbeza dalam negara ini.
  
"Undang-undang jenayah dan sistem sedia ada ditambah baik dari semasa ke semasa. Jika ada sebarang kelemahan dalam undang-undang dan prosedur jenayah kini, adalah lebih baik digubal undand-undang untuk membetulkan kelemahan itu.
  
"Adalah tidak praktikal untuk melakukan rombakan keseluruhan sistem untuk tujuan itu. Kami juga ingin mengingatkan bahawa isu ini bukan mengenai seseorang itu menentang undang-udang dan prinsip Islam, ia sama ads kita patut melupakan prinsip yang dipersetujui dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya.
  
Semalam, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Pas negeri itu akan meneruskan agenda melaksanakan hudud.
  
Beliau juga mengingatkan parti-parti daripada rakan sekutu pembangkang bahawa mereka tidak mempunyai sebarang hak untuk campur tangan. - Bernama
Share on Google Plus

About Jering Daily

1 comments:

  1. Keluar bn sajaa laaa....

    Duduk dlm pon dpt 2 undi sajaa...

    Kikikiki.....

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.