Tokoh Koprat Terkenal Kembalikan Tiga Darjah Kebesaran Johor

ali-hashim-darjah

KUALA LUMPUR: Tokoh korporat Tan Sri Muhammad Ali Hashim memaklumkan beliau telahpun mengembalikan kesemua tiga darjah kebesaran negeri Johor pada Jumaat kepada Jumaah Majlis Diraja Johor.

Tindakan itu diambil berikutan kenyataan Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli pada 5 Dis lepas berhubung artikel tulisan beliau dalam sebuah akhbar tempatan yang disiar pada 2 Dis lepas, kata Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia itu dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Darjah kebesaran yang dikembalikan ialah Darjah Datuk Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) yang diterima pada 8 April 1996 dan Darjah Datuk Paduka Mahkota Johor (DPMJ) yang diterima pada 8 April 1984, kedua-duanya membawa gelaran 'Datuk', serta Darjah Setia Mahkota Johor (SMJ).

Muhammad Ali berkata beliau menulis surat kepada Abdul Rahim pada 18 Dis lepas untuk memberi penjelasan berhubung artikel tulisan beliau bertajuk 'Menuntut hak, menebus masa silam,' yang didakwa Abdul Rahim dikhuatiri boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap institusi diraja negeri ini.

"(Saya) juga dengan tegas menolak dakwaan atau tanggapan bahawa sajak (tulisan anak bongsunya, Allahyarham Khaled yang meninggal dunia pada 23 Nov lepas yang disertakan bersama artikelnya itu) mengandungi apa-apa motif seperti yang digambarkan," katanya.-BERNAMA
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.