SHAH ALAM: Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Amiruddin Setro hari
ini tewas dalam pemilihan semula jawatan Ketua UMNO Bahagian Kuala
Selangor menentang Setiausaha bahagiannya Ishak Haron yang berlangsung
di Komplek Bangunan UMNO Kuala Selangor.
Pengerusi Jawatan Kuasa Pemilihan UMNO Kuala Selangor, Datuk Kamaluddin Saidon ketika dihubungi di sini hari ini berkata Amiruddin yang mendapat 266 undi, tewas dengan empat undi berbanding pencabarnya yang memperolehi 270 undi. Terdapat dua undi rosak.
Seramai 538 perwakilan mengundi pada pemilihan semula yang berlangsung dari jam 11 pagi hingga 12 tengah hari dan keputusan diumumkan pada jam 12.30 tengah hari dengan proses pengiraan berjalan lancar dan diterima oleh kedua-dua wakil calon, katanya.

Beliau berkata, pemilihan semula itu diadakan kerana adanya bantahan daripada Ishak terhadap proses pemilihan bahagian itu sebelum ini.
Dalam pemilihan bahagian itu 19 Oktober lalu, Amiruddin selaku penyandang mendapat 220 undi, menewaskan Ishak dengan kelebihan satu undi.
Ishak mendapat 219 undi. - BERNAMA
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.