The New Paper Singapura Berniat Jahat - Wisma Putra

The-New-Paper-Malaysia

Kuala Lumpur: Wisma Putra berpendapat akhbar The New Paper dari Singapura berniat jahat dalam laporan muka depannya mengenai kejadian jenayah di Malaysia.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata laporan akhbar itu tidak mengandungi sebarang fakta dan memberikan gambaran yang salah terhadap aspek keselamatan di Malaysia, sekali gus boleh dianggap sebagai satu penghinaan terhadap negara.
Beliau berharap akhbar itu menghentikan tindakan mensensasikan isu yang boleh memberikan impak negatif kepada mana-mana pihak.

Boleh disalah anggap

Adalah sangat mendukacitakan apabila The New Paper menerbitkan laporan sensasi yang boleh disalah anggap pihak lain. Tajuk utama akhbar itu seolah-olah berniat jahat dan boleh memberikan gambaran yang salah mengenai tahap keselamatan di Malaysia, katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau mengulas laporan muka depan akhbar itu, Rabu lalu, yang menghina Malaysia menerusi artikel bertajuk Selamat datang ke Malaysia di mana untuk mati adalah murah dan untuk hidup adalah mahal merujuk kepada beberapa insiden tembakan di negara ini, termasuk pembunuhan pengasas Perbankan Arab-Malaysia, Hussain Ahmad Najadi, Isnin lalu.

Malah, laporan itu mendakwa kos mengupah seorang pembunuh upahan di Malaysia adalah sekitar RM5,000 iaitu jauh lebih murah berbanding kos sara hidup ketika ini.

Tampil beri maklumat

Sementara itu, di Johor Bahru, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata pihak yang mendakwa boleh mengupah pembunuh upahan di negara ini dengan bayaran serendah RM5,000 diminta tampil memberikan maklumat itu kepada polis bagi membantu siasatan.

Mohd Mokhtar berkata, dakwaan itu berat dan mereka yang ada maklumat wajar menyerahkannya kepada polis supaya tindakan dapat diambil terhadap kegiatan berkenaan.

Katanya, sesiapa saja boleh membuat tuduhan tanpa bukti yang sahih dan dakwaan yang tidak tepat boleh memberikan kesan negatif.

Berita Harian
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.