KUALA LUMPUR: Penerbit dan pengarah, Datin Paduka Shuhaimi Baba yakin filem arahannya berjudul Tanda Putera mampu menarik minat penonton apabila ia ditayangkan pada 29 Ogos ini walaupun telah beberapa kali ditunda penayangannya.
Shuhaimi berkata, pihaknya telah melakukan beberapa promosi dan
menyusun strategi pemasaran bagi memastikan filem berkenaan akan dapat
diterima oleh orang ramai.
"Benar filem ini hampir dua tahun terperap kerana ditunda namun itu
telah melemahkan semangat kami di pihak produksi malah gembira dengan
pengumuman tarikh tayangan Tanda Putera.
"Kami akan memulakan strategi pemasaran dan promosi filem ini seperti
mana dilakukan dulu supaya dapat menarik orang ramai keluar menonton
filem ini nanti," jelasnya kepada mStar Online.
Shuhaimi ditemui selepas Majlis Tahlil dan Doa Selamat filem berkenaan di Makam Pahlawan, Masjid Negara di sini pada Sabtu.
Dalam perkembangan sama, Shuhaimi berkata, tidak sukar untuk
mengembalikan momentum filem berkenaan dikalangan penonton kerana
menerusi satu kajian orang ramai masih menyedari kewujudan Tanda Putera yang ditunda penayangannya.
Malah kata Shuhaimi, rata-rata ada yang tidak berpuas hati ia ditunda dan masih menunggu tayangan filem berkenaan di pawagam.
"Ramai yang masih belum lupakan filem berkenaan walaupun ia telah
beberapa kali ditangguhkan daripada ditayangkan di pawagam sebelum ini
dan ada yang marah kerana dengan kelewatan itu.
"Dalam kajian selidik yang kami lakukan penonton masih menyedari
kewujuduan filem ini dan dengan strategi pemasaran yang betul
Insya-Allah akan menarik orang ramai menonton," katanya.
Tanda Putera memaparkan kisah Perdana Menteri kedua iaitu Tun
Abdul Razak Hussein dan timbalannya Tun Dr. Ismail Abdul Rahman berusaha
memulihkan negara susulan peristiwa pergaduhan antara kaum pada tahun
1969.
Filem yang dihasilkan pada tahun 2011 itu bagaimanapun tidak
diluluskan oleh jemaah Menteri yang membuat keputusan menangguhkan
tayangannya kerana dikatakan terdapat adegan yang tidak bersesuaian dan
dikhuatiri boleh menimbulkan konflik di kalangan berbilang kaum
masyarakat negara ini.
Tanda Putera yang dibarisi pelakon Rusdi Ramli, Zizan Nin,
Faezah Elai, Linda Hashim, Norman Hakim, Kavita Sidhu dan Riezman
Khuzaimi itu diterbitkan Pesona Pictures Sdn Bhd dan Finas dengan
kerjasama Multimedia Development Corporation (MDeC).
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.