Tanah Rakyat Kelantan Dimiliki Nik Aziz Perlu Dipulang Semula

Lebih kurang tiga minggu lalu, rakyat Kelantan telah dikejutkan dengan pendedahan mengenai 14 lot tanah bernilai lebih RM4 juta yang dimiliki oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tika itu adalah Menteri Besar Kelantan.

Keluasan gabungan 14 lot tanah itu ialah 4.4 ekar (1.76 hektar) dan terletak di Jajahan Kota Bharu yang mana sekiranya status tanah itu dikomersialkan nilaiannya boleh mencecah harga RM10 juta.

Selain Nik Aziz, isterinya iaitu Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak turut memiliki 13 lot tanah juga di sekitar Jajahan Kota Bharu yang bernilai jutaan ringgit termasuk dua lot daripadanya yang terletak di Pulau Melaka.

Nik Aziz yang terkejut dengan pendedahan tersebut segera tampil menafikan dakwaan yang mana menurutnya tanah atas namanya itu sebenarnya adalah milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan beliau hanyalah pemegang amanah selaku MB Kelantan.

Bagaimana pun sehingga hari ini Nik Aziz atau wakilnya gagal menjelaskan status 13 lot tanah atas nama isterinya. Tiada jawapan mengenai pemilikan tanah atas nama isterinya itu, seolah-olah sengaja di diamkan untuk mengelakkan kontroversi.

Kini status Nik Aziz hanyalah sebagai bekas Menteri Besar Kelantan, jika diikutkan penjelasan Nik Aziz dan PMBK sepatutnya selaku pemegang amanah (jika benar), maka kesemua 14 lot tanah itu sudah bertukar nama kepada MB Kelantan sekarang iaitu Ahmad Yakob.

Namun sampai sekarang tiada pengumuman oleh Kerajaan PAS Kelantan menyebabkan timbulnya kebimbangan kalau-kalau kelak tanah itu akhirnya menjadi harta pusakan Nik Aziz sekeluarga.

Justeru itu amatlah perlu Kerajaan PAS Kelantan tampil segera membuat penjelasan kerana jika benar ianya hanya amanah maka amat perlu semua 27 lot tanah termasuk 13 lot tanah atas nama isteri Nik Aziz dipulangkan semula kepada Kerajaan Negeri Kelantan.
Share on Google Plus

About Jering Daily

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.