PRU13: Pembangkang Pakai Baju BN Untuk Cetus Huru-Hara Esok

Hari-hari terakhir kempen PRU-13 semakin hangat dan lebih mendebarkan apabila terdapat maklumat menyatakan terdapat cubaan untuk mengganggu gugat ketenteraman awam mungkin dilakukan oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.

Pihak yang dimaksudkan ini mempunyai kaitan rapat dengan Pakatan Rakyat (PR) yang dipercayai sukar menerima hakikat kempen yang dijalankan mereka tidak mendapat sambutan ramai sekali gus menutup ruang untuk mereka merampas kuasa di Putrajaya.

Mengikut maklumat dalaman yang diterima, pihak terbabit dilaporkan telah menempah sekurang-kurangnya 10,000 t-shirt berlogo BN untuk digunakan dalam kekecohan yang dirancang bertujuan untuk menimbulkan persepsi umum bahawa ia dilakukan oleh BN.

Info ini ada asas untuk dipercayai memandangkan sejak akhir-akhir ini jelas kelihatan di beberapa tempat misalnya di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur di mana wujud pemasangan banner palsu yang berlatar belakangkan logo BN yang dipasang untuk mengelirukan orang ramai.

Di beberapa kawasan tertentu pula terdapat bendera-bendera kecil berwarna warni dipacakkan yang mungkin menandakan itu adalah tempat berkumpul bagi kumpulan-kumpulan pengacau dari PR itu sebelum melakukan kekacauan.

Ia satu perancangan yang cukup jijik dan tidak gentleman, dulu bahana reformasi di Indonesia dijadikan panduan kini Arab Spring yang tidak mengikut lunas demokrasi pula dijadikan ikutan.

Golongan jahil minda, berjiwa kacau dan tidak patriotik ini sememangnya tidak layak untuk diberi tempat dalam masyarakat kita, jauh sekali untuk mendapat sokongan rakyat dalam menentukan hala tuju negara.

Jelas sekali PR berada dalam keadaan terdesak untuk melaksanakan "Malaysia Spring" yang diciplak dari "Arab Spring" dalam usaha mereka untuk merampas kuasa dan menidakkan pendirian majoriti yang cenderung untuk mengekalkan keamanan dan setia bersama BN.

Bagaimana pun, pihak berkuasa sedang memantau perkembangan ini dan pastinya mempunyai pelan kecemasan sekiranya terjadi sesuatu. Sedangkan keganasan pendemo Bersih 3.0 dulu mampu dipatahkan jadinya masyarakat tidak perlu bimbang kerana keadaan tetap terkawal.

Di masa yang sama rakyat disarankan tidak melayan sebarang khabar angin sebaliknya sentiasa fokus mengikuti perkembangan semasa dari sumber pihak berkuasa.

Sama-samalah kita mendoakan hari pengundian esok berjalan lancar dan jangan lupa beramai-ramai keluar mengundi demi kebaikan negara ini dan nekadkan dalam hati dengan mengundi BN yang terbukti berjaya mengekalkan keamanan tanahair tercinta ini.
Share on Google Plus

About Unknown

1 comments:

  1. Setakat ini amaran aja..Menteri amaran bei amaran..PDRM beri Amaran..Tp paling berkuasa Menteri Amaran..HishamKerismudian. Bukan polis.. Akta Kesalahan kelaelamatan 2012 (.Sosma) Polis tak ada kuasa tangkap..peri hal Politik
    BAHAGIAN II
    KUASA KHAS BAGI KESALAHAN KESELAMATAN

    Kuasa penangkapan dan penahanan

    4. (1) Seorang pegawai polis boleh, tanpa waran, menangkap dan menahan mana-mana orang yang berkenaan dengannya dia mempunyai sebab untuk mempercayai terlibat dalam kesalahan keselamatan.
    (2) Seseorangyangditangkapdibawahsubseksyen(1)hendaklah dimaklumkan dengan seberapa segera yang boleh alasan dia ditangkap oleh pegawai polis yang membuat tangkapan itu.
    (3) Tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan di bawah seksyen ini semata-mata atas kepercayaan politiknya atau aktiviti politiknya.
    Apa polis boleh buat..urusan politik Polis tak boleh buat apa apa.. ini Undang2 baru gantikan ISA, bijak bijak meka dari Kerajaan BN..

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.