Aura Tun Mahathir Berjaya Pukau Warga Shah Alam


Tanpa perlu menjanjikan RM100 sebagaimana dilakukan oleh DAP dan tidak perlu mengarahkan jentera pilihan raya seluruh Selangor datang meramaikan majlis, namun kehadiran orang ramai di program Tun Dr Mahathir Mohamed tetap meriah bersemarak.

Kehadiran Tun Dr Mahathir ternyata berjaya memukau warga Shah Alam untuk tampil beramai-ramai menyatakan sokongan kepada BN menjadikan lokasi program di Seksyen 6, Shah Alam pada 01 Mei 2013 yang biasanya sepi pada malam hari tiba-tiba menjadi meriah dibanjiri lebih 10,000 orang hadirin.

Bagi penduduk Shah Alam, kehadiran Tun Dr Mahathir adalah satu penghormatan besar apatah lagi kali terakhir Tun Dr Mahathir berkempen di Shah Alam ialah hampir 10 tahun lalu iaitu semasa kempen PRU 11 2004.



Mengikut analisis dan laporan mutakhir, peluang BN untuk menguasai kembali Parlimen Shah Alam dan kedua-dua DUN iaitu Kota Anggerik dan Batu Tiga agak cerah kali ini kerana sebahagian besar penyokong UMNO dan BN yang melakukan undi protes pada PRU 12 2008 sudah kembali menyokong BN.

Di tambah pula dengan kelesuan jentera tempatan PKR disamping protes sesetengah ahli dan penyokong PAS terhadap parti berikutan isu kalimah Allah S.W.T dan isu akidah ummah, maka tiada sebab untuk BN gagal kali ini untuk menawan ketiga-tiga kerusi tersebut.

Apa pun, kedatangan Tun Dr Mahathir kali ini tidak hanya telah menyuntik semangat pengundi Shah Alam untuk kembali menyokong BN tetapi lebih penting lagi ia berjaya membuatkan PR Selangor khususnya PKR terkedu hilang punca menyaksikan kebangkitan rakyat Selangor pada malam itu.






Share on Google Plus

About Unknown

1 comments:

  1. Tahniah Tun M. Di Johor pulak, puak pembangkang sedang berlagak dengan kehadiran yg besar di ceramah dia orang di JB sebagainya, padahal ramai yg datang dari Singapura utk meramaikan majlis dan bagi gempakk..sebarkan penipuan ini.

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.