Pembangkang Terlalu Obses Mahu Tukar Jalur Gemilang

bendera-republic-malaysia

Pembangkang banyak mengusik sentimen sensitif dan boleh menimbulkan kekacauan di dalam negara. Ini adalah 'trade mark' biasa pembangkang yang nyata gemar menimbulkan kekecohan. Antara sentimen yang disebarkan oleh pembangkang adalah untuk menukar bendera negara.

Mereka ingin menukar Jalur Gemilang kepada bendera yang menyerupainya bendera Singapura. Bagi mereka yang boleh berfikir jauh dan mendalami sejarah, sudah pasti kita tak tahu apa sebenarnya silap pada bendera kita.  Bendera Jalur Gemilang sudah cukup membanggakan rakyat kita. Tetapi, inilah keburukan perangai Pakatan Rakyat.

Tindakan pemimpin DAP M. Manoharan menghina jalur gemilang telah membangkitkan sentimen anti-Jalur Gemilang dalam kalangan penyokong Pakatan Rakyat. Sudah pasti ini mengusik sentimen kenegaraan bagi mereka yang kurang mendalami sejarah.

Sebab itu, ilmu sangat penting dan cara untuk kita menelusuri sejarah ialah dengan mengkaji sejarah Malaysia. Tetapi, disebabkan perkara ini dibangkitkan, Jalur Gemilang dipertikaikan. Najwan Halimi, timbalan ketua penerangan AMK juga lantang mahukan Jalur Gemilang ditukar kepada Sang Saka Malaya.

Antara alasan yang diberi ialah Jalur Gemilang menyerupai bendera Amerika Syarikat, dan ia kononnya melambangkan penguasaan UMNO & BN di negara ini. Ini semua merupakan alasan mereka untuk meraih sokongan rakyat dengan membuatkan mereka terfikir bahawa Pakatan Rakyat memperjuangkan hak negara.

Malah Tun Mahathir sebelum ini ketika pernah berkata tindakan provokasi secara terang-terangan itu seolah-olah mengakui hasrat pembangkang untuk menukar sistem pemerintahan Malaysia kepada sebuah negara republik.

"Mungkin itu niat mereka, kalau Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang disokong memanglah itu niat mereka (negara republik). Saya tidak berani nak kata tetapi itu satu kemungkinan," katanya sebelum ini.

Atas faktor itu juga, masyarakat pembangkang juga dilihat menunjukkan sikap kurang semangat untuk mengibarkan Jalur Gemilang biarpun dalam bulan kemerdekaan berpunca. Ia berpunca daripada kempen politik kebencian yang diamalkan oleh mereka parti pembangkang.

Tetapi, tanpa disedari, ini adalah satu punca kepada tergadainya maruah negara dan juga kedaulatan Malaysia. Bangkitlah wahai rakyat, sedarlah jangan sampai dipermainkan mereka yang beragenda tersendiri.

Mereka tidak akan rugi apa-apa, sebaliknya mereka mendapat ganjaran disebalik hancurnya perpaduan negara. Jadi, kita lah yang bertanggungjawab mempertahankan hak negara dan memelihara kedaulatannya.
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.