Harun Din Bersubahat Lindungi Perbuatan Zina Pemimpin PAS?

Harun Din-Penjelasan-Skandal Seks Pemimpin Pas

Apa sudah jadi dengan PAS wahai Ustaz Harun Din? Sampai sekarang Timbalan Mursidul Am PAS itu masih lagi membisu, berdiam diri tidak berani memberi sebarang penjelasan berkenaan isu skandal seks yang melibatkan Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali.

Boleh jadi, Ustaz Harun Din juga sependapat dengan kenyataan Hadi Awang baru-baru ini menganggap skandal seks yang melibatkan pemimpin kanan PAS pusat itu sebagai hal pribadi dan perkara remeh yang tidak perlu dipedulikan sangat berbanding dengan matlamat PAS menawan Putrajaya sempena PRU13 kali ini.

Sebagai seorang ulama yang begitu tinggi ilmu agamanya dan sering memohon petunjuk dari Allah tentang sesuatu perkara, sudah tentu sedikit sebanyak Ustaz Harun Din dapat memberi gambaran atau pencerahan tentang perkara aib yang sedang melanda PAS melibatkan soal moral seorang permimpin parti.

Atau ustaz Harun Din cuba menyembunyikan perkara sebenar kerana mahu menjaga air muka PAS selaku parti Islam yang selama ini mendabik dada kononya memperjuangkan agenda Islam lebih dari parti politik lain terutamanya UMNO.

Sejak pendedahan skandal seks yang membabitkan pemimpin PAS ini tersebar, kalangan rakyat dan juga ahli parti PAS sendiri sudah mula bertanya dan meragui akhlak para pemimpin PAS yang selama ini berselindung di sebalik imej jubah, serban dan juga janggut. Situasi yang berlaku ini sudah pasti akan menjejaskan peluang PAS untuk menang banyak kerusi pada PRU13 yang akan berlangsung pada 5hb Mei ini.

Dalam hal ini, Ustaz Harun Din perlu bersikap tegas dan tidak menyebelahi mana-mana pihak. Tindakan yang sewajarnya seperti memecat keahlian parti perlu dikenakan terhadap Mustafa Ali kerana telah memalukan PAS dengan skandal seksnya.

Dikhabarkan, Ustaz Harun Din akan bertanding menajdi calon pada PRU13 di Perlis. Apa agaknya yang akan dijawab ketika masa berkempen jika ada rakyat bertanya tentang kebenaran skandal seks yang membabitkan pemimpin PAS ini.

Adakah Ustaz Harun Din akan memberi alasan serupa dengan pemimpin-pemimpin PAS yang lain dengan mengatakan bahawa skandal seks yang melibatkan Mustafa Ali itu adalah FITNAH dari pihak parti lawan sedangkan tiada seorang pun dari kalang pemimpin dan juga ahli PAS tampil menunjukkan bukti bahawa kemunculan video seks tersebut telah direka UMNO bertujuan untuk memburuk-burukan PAS.

Diharap, Ustaz Harun Din dapat tampil memberikan ulasan berhubung perkara ini sekaligus menyatakan pendirian PAS terhadap hal yang menimpa Setiausaha Agungnya itu. Sekiranya Ustaz Harun Din selaku timbalan Mursyidul Am terus mendiamkan diri, ini bermakna PAS bersetuju dan menyokong perbuatan tidak bermoral yang dilakukan oleh pemimpinnya.

Wali Terompah | JERING Daily
Share on Google Plus

About Unknown

6 comments:

  1. apa yg pasti en harun din pasti akan berdiam diri utk kesekian kalinya.....perintah parti lebih utama dari perintah ALLAH,,,tak gitu encik????

    BalasPadam
  2. Allah dah menyingkap selubung para pemimpin Pas.. mendedahkan siapa mereka yg sebenarnya.. berselindung d sebalik jubah, ketayap, serban dan janggut putih!
    Selepas ini apa pula yg akan ditunjukkan olehNya??
    Zaman kegemilangan Pas kian menuju kehancuran!!

    BalasPadam
  3. Dgn sekian bnyk kebejatan PAS dan pimpinannya yg terdedah kini, beserta dan membela PAS dan kebejatan pimpinannya menghilangkan kredibiliti seorg ilmuan agama.

    BalasPadam
  4. Pandai btol umno buat video lucah. dah bayar kat abg gomo blom? lepas ni buat kat sape ye plak? jangan lupa bagi url

    BalasPadam
  5. Alahai ko tahu ke umno yg buat...cam ni ke islam pas ajar, fitnah je org wlau x de bukti...dh tntu org2 pr yg kna tangkap msa edar vcd tu...x de pekdah nya pun kat umno nk wat tu smua...

    BalasPadam
  6. kalu xder pekdah, xpyahla sebar segala...Orang-orang Islam, meh bersatu tegakkan hukum Allah s.w.t di muka bumi ini...

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.