Tak Sampai Sejuta Rakyat Malaysia Di Luar Negara Daftar Sebagai Pengundi

undipos-luar-negara
SHAH ALAM: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menyangkal dakwaan segelintir pihak kononnya rakyat Malaysia di luar negara tidak diberi peluang untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata dakwaan itu tidak berasas sama sekali kerana Akta Pilihan Raya 1958 telahpun dipinda bagi membolehkan mereka mendaftar sebagai pemilih.

"Saya dapat tahu ada pihak yang mengatakan berjuta-juta rakyat Malaysia di luar negara tidak dihiraukan dan menjadi mangsa pada sistem pilihan raya kali ini," katanya.

Setakat pagi Jumaat, SPR hanya menerima 5,167 permohonan daripada rakyat Malaysia di luar negara untuk mengundi melalui pos pada pilihan raya kali ini, katanya kepada pemberita selepas memberikan taklimat akhir PRU ke-13 kepada ketua-ketua jabatan dan pegawai kanan kerajaan negeri Selangor di sini.

Mengikut rekod, Abdul Aziz berkata negara paling ramai rakyat Malaysia mendaftar sebagai pengundi ialah Australia iaitu 1,206 orang diikuti United Kingdom (871), China (513), Amerika Syarikat (342) dan Taiwan seramai 183 pengundi.

Peraturan membenarkan rakyat Malaysia yang menetap di luar negara mengundi secara pos telah diwartakan pada 21 Januari lepas.

Sebelum ini, hanya pelajar sepenuh masa dan penjawat awam dengan pasangan masing-masing dibenarkan mengundi secara pos.

Mengulas tawaran RTM untuk parti politik menyiarkan manifesto masing-masing selama 10 minit sempena PRU ke-13, Abdul Aziz kecewa apabila pemimpin pakatan pembangkang menolak tawaran tersebut.

Beliau berkata seharusnya pakatan pembangkang menerima dan meneliti dahulu keberkesanan pendekatan tersebut sebelum menolak tanpa alasan yang kukuh.

"Dulu mereka marah SPR sebab kata kita tidak bagi mereka ruang dalam media tetapi sekarang belum pun cadangan itu dibincang secara terperinci mereka dah tolak...sepatutnya teliti dulu, jangan terus tolak," katanya.

Bagaimanapun, katanya SPR akan bertemu dengan pihak Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan parti-parti politik dalam masa terdekat bagi membincangkan lebih lanjut mengenai cadangan itu. - BERNAMA
Share on Google Plus

About Unknown

1 comments:

  1. SPR PUN BODO..KALAU AKU JADI SPR, TAK PAYAH LAYAN BERUK2 PAKATAN NI..BUANG MASA JE..TAK PAYAH BAGI PELUANG..DIORANG PUN TAK BAGI PELUANG GAK KAT WARTAWAN UTUSAN NGAN TV3..

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.