LAHAD DATU: Bilangan penceroboh militan yang
terbunuh dalam Operasi Daulat membuktikan mereka sebenarnya tidak kebal,
sepertimana yang diperkatakan.
"Ini terbukti apabila pasukan keselamatan menembak mati 54 orang
daripada mereka," kata Penolong Ketua Urusetia Pejabat Ketua Polis
Negara (Perhubungan Awam), ACP Ramli Mohammed Yusoff pada Isnin.
Beliau berkata, cerita mengenai kekebalan penceroboh Sulu itu menjadi
percakapan ramai apabila tersebar di laman sosial gambar mereka yang
terbunuh memakai tangkal dan kain berwarna kuning pada badan. Ramli
berkata, penggunaan tangkal itu mungkin untuk meyakinkan pengikut
kumpulan berkenaan bahawa tindakan mereka kononnya adalah jihad.
"Hakikatnya hanya ilmu pengetahuan yang mampu memberikan kita
kepandaian dalam mempertahankan negara dan bukan ilmu tahyul yang
menyempitkan akal kita," katanya. - BERNAMA
kiram bodoh ni kononnya timbulkan huruhara boleh dapat sabah. kepala hotak dia, ingat senang orang nak kasi negeri kat ko. BODOH!, jangan mimpi.... dah la main jampi2 , dalam kubur esok terima lah balasan sbb syirik besarr!. dia ingat dia duduk lepak kat sulu tu & arah2 tentera anjing dia tu boleh tawan sabah... bodoh besar ko kiram!!! muka pun dah buta sebelah.. x ingat2 nak mati. bodoh!!!!
BalasPadamyang aku tahu dia bergabung dgn MNLF utk dptkan sabah. woiii ko gabung lah dengan sape pun ingat Malaysia nak beri ko sabah tu? MNLF dan korang sulu duduk la diam2 kat sulu tawi2 tu, dah xdapat wilayah macam MILF, terus nk mengamuk konon. korang ni xdiiktiraf pilipina pastu nak amik sabah. Orang sulu ni dah x boleh dipercayai oleh negara lain2 diAsia tenggara ni, Puak yg suka menimbulkan keganasan! puak yg suka peperangan dan kacau bilau!!!! Sape kat Asia ni nak berkawan dengan Puak ni?????
BalasPadam