PETALING JAYA: Pelakon Noniswara akhirnya terpaksa menuntut
cerai apabila gagal menyelamatkan rumah tangganya sejak tujuh bulan dulu
gara-gara ‘gangguan’ pihak ketiga.
Noniswara atau nama sebenarnya Noniswara Baharudin, 43, berkata, dia
membuat keputusan tersebut apabila mendapati tiada penyelesaian yang
dapat menyelamatkan perkahwinannya dengan Datuk Rosman Ridzwan, 54, yang
dibina sejak empat tahun lalu.
"Sepanjang pergolakan rumah tangga kami, saya cuba untuk menyelamatkan perhubungan ini tetapi tiada jalan penyelesaian.
"Selepas membuat perbincangan bersama, suami bersetuju dengan keputusan saya untuk memfailkan perceraian.
"Bagaimanapun, pada kes sebutan pertama minggu lalu di Mahkamah
Rendah Syariah Kuala Lumpur, dia pula yang tidak hadir," katanya ketika
dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.
Tambah Noniswara atau lebih mesra disapa Nonis, dia telah memfailkan
penceraian terhadap suaminya pada Februari lalu dan sebutan semula bakal
berlangsung pada 26 Mac ini di mahkamah yang sama.
Ditanya apakah punca krisis itu kata Nonis, ia disebabkan terdapat orang ketiga yang mengganggu perkahwinan mereka.
"Sepanjang perkahwinan ini, hubungan kami sangat baik namun apabila
pihak ketiga itu muncul dalam kehidupan kami, rumah tangga kami jadi
kucar-kacir.
"Bagaimanapun, saya reda. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Nak nangis pun tak guna jika tiada penyelesaian.
"Lagipun suami tidak pernah menyuarakan hasrat untuk saya bermadu.
Jika dia mahu, mungkin kami boleh berbincang. Apa-apa pun saya terima
bahawa jodoh kami tidak kekal lama," ujarnya yang meminta tidak
mendedahkan nama wanita pihak ketiga itu.
Nonis dan Rosman telah mendirikan rumah tangga pada 1 Ogos 2009.
Pelakon yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan ini mempunyai tiga
anak hasil perkahwinan pertamanya sementara Rosman pula yang sebelum itu
berstatus duda memiliki lima anak daripada perkahwinan terdahulu.
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.