KUALA LUMPUR: Pelakon Natasha Hudson belum membuat sebarang
persiapan untuk menyambut kelahiran anaknya bersama suami, Carleed Khaza
penghujung April ini.
Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson 31, berkata, dia
tidak mahu membazir kerana berdasarkan pengalaman lalu banyak barangan
bayi yang dibeli tidak dapat digunakan disebabkan keadaan bayi yang
cepat membesar.
"Bukan tidak mahu buat persiapan tetapi menerusi pengalaman berlaku
pembaziran terhadap barang-barang keperluan bayi yang saya beli.
"Jadi sebab itu saya tidak buat sebarang persiapan dan hanya
menggunakan kembali barang-barang lama yang masih elok," katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Natasha berkata, dia sengaja tidak mahu mengetahui
jantina anak yang sedang dikandungkannya kerana mahu ia menjadi kejutan
kepada mereka suami isteri.
Kata Natasha, dia dan suami tidak kisah tentang jantina anak yang
bakal dilahirkan kerana paling penting bayi itu berada dalam keadaan
sihat.
"Doktor ingin memberitahu jantina anak tetapi kami memilih untuk
tidak mengetahuinya kerana biarlah ia menjadi kejutan buat kami suami
isteri nanti," jelasnya.
Sementara itu, Natasha berkata, dia dan Carleed telah pun memilih
beberapa nama untuk bayi itu namun hanya akan menamakan anak mereka
selepas tujuh hari kelahirannya.
Natasha dan Carleed atau nama sebenarnya Khalid Kamal, 33, berkahwin
pada April tahun lalu di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Hasil perkahwinan terdahulu, Natasha mempunyai seorang anak perempuan, Nessa Helena yang kini berusia lima tahun.
Dalam perkembangan lain, Natasha yang bakal muncul dengan filem Langgar di samping Adi Putra, Namron dan Hans Isaac memberitahu dia akan kembali aktif dalam lakonan selepas habis tempoh berpantang.
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.