Raut wajahnya kelihatan tenang saja ketika mendengar keterangan seorang
saksi pendakwaan bagi pertuduhan kes khalwat membabitkan dirinya bersama
dua lagi rakan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, semalam.
Lebih setahun berjalan, Beego atau nama sebenarnya Md Aszerul Nizam Abdullah, 33, yang hadir semula ke mahkamah itu bagi mendengar sebutan semula kesnya, berharap ia dapat diselesaikan secepat mungkin.
Lebih setahun berjalan, Beego atau nama sebenarnya Md Aszerul Nizam Abdullah, 33, yang hadir semula ke mahkamah itu bagi mendengar sebutan semula kesnya, berharap ia dapat diselesaikan secepat mungkin.
Tidak mahu menunggu terlalu lama kerana berasakan sedikit terganggu
tatkala dirinya ingin mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Linda
Hashim, pada Jun ini, Beego bagaimanapun berharap keputusan kes itu akan
memihak padanya.
Beego yang ditemui di luar mahkamah selepas prosiding kes itu berharap, ia menjadi pengajaran buat dirinya dan masyarakat juga tidak menyalahkan dirinya atas apa yang berlaku.
“Lama sangat kes ini berjalan dan ia sedikit mengganggu persiapan majlis kahwin saya kerana terpaksa naik turun mahkamah. Saya sudah belajar daripada apa yang berlaku dan saya juga serik.
“Saya tidak menyalahkan sesiapa dalam hal ini, cuma berharap kes ini dapat diselesaikan dengan cepat kerana saya tidak mahu ia berlarutan sehingga selepas berumah tangga,” katanya.
Minta tunda sebutan semula untuk berbulan madu
Ketika sesi proseding dijalankan, saksi pendakwaan yang juga Pegawai Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Gombak, Muhamad Luqman Ramli, memberi keterangan kepada mahkamah mengenai kes itu daripada mula menerima laporan sehinggalah tertangkapnya lima tertuduh.
Menurut saksi, serbuan yang dilakukan pada 23 Februari 2011, jam 6.45 pagi ke atas sebuah rumah di alamat B/13/13, Persiaran Bukit Cahaya, Taman Bukit Cahaya, Ampang, menemui tiga lelaki di ruang tamu, manakala dua wanita ditemui berada dalam sebuah bilik tidur kediaman itu.
Tiga lelaki itu disebutnya sebagai Fikry Zainon, Mohd Arsli Meor Atan Ahmad dan Md Aszerul Nizam Abdullah. Malah, saksi menyebut, Aszerul Nizam mengaku menyewa rumah itu bersama seorang lagi rakan lelakinya dan tinggal serumah bersama seorang daripada wanita itu, yang juga kakak angkatnya, yang juga menyewa di rumah itu.
Pada 8 Mei tahun lalu, Beego serta dua rakannya mengaku tidak bersalah atas pertuduhan khalwat bersama Azlina Yazit @ Aziz dan Hadijah Mohamad Mokhar di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin. Bagaimanapun, dua wanita itu mengaku bersalah dan dikenakan denda RM3,000.
Selepas selesai prosiding, Shaiful menetapkan 25 Jun ini bagi sebutan semula kes, namun Beego yang akan melangsungkan pernikahan pada 7 Jun ini meminta kebenaran untuk menunda ke satu tarikh lain kerana ketika itu dia sedang bercuti bulan madu. Mahkamah menetapkan 16 Julai depan sebagai sebutan semula kes.
Berita Harian
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.