KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan
mempertimbangkan kenaikan pangkat untuk anggota yang bertugas dalam
Operasi Daulat di Sabah, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.
Namun, katanya keputusan muktamad mengenai perkara itu hanya akan diputuskan setelah insiden pencerobohan itu selesai.
"Kenaikan pangkat adalah berpandukan undang-undang yang ada, iaitu
mengikut perkiraan tahun perkhidmatan, selain ada perkara lain yang
perlu dilihat," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.
Sementara itu, Ismail menyelar kenyataan bekas Ketua Menteri Sabah,
Tan Sri Harris Salleh yang menuduh PDRM menjalankan operasi merampas dan
memusnahkan dokumen pengenalan diri masyarakat Suluk di Lahad Datu dan
Semporna, Sabah.
"Sekarang ni kita sedang menghadapi satu situasi yang mencabar dan
saya tidak ada masa untuk mendengar tuduhan seperti itu dan tidak mahu
menjawab," katanya.
Ismail juga memberi amaran tegas supaya soal keselamatan tidak dipolitikkan dengan dakwaan tidak berasas.
Minggu lepas sebuah portal berita melaporkan Harris mengutus surat
kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein supaya
operasi menghapuskan pengenalan diri masyarakat Suluk di Lahad Datu dan
Semporna dihentikan.
Laporan mengenai dakwaan tindakan polis mengambil kad pengenalan dan
dokumen Imigresen mereka itu dibuat beberapa pemimpin Suluk kepada
Harris. -BERNAMA
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.