Agama : Bersedekah Perlu Ikhlas Bukan Untuk Dipuji

amalan-sedekah

Daripada Abdullah bin Umar, katanya: “Bahawasanya Umar bin al-Khattab telah bersedekah kuda fi sabilillah. Kemudian didapatinya kuda itu dijual orang dan dia bermaksud hendak membelinya. Namun sebelum itu dia pergi menemui Nabi meminta nasihat Baginda. Nabi bersabda kepadanya: Janganlah engkau ambil kembali sedekahmu.” (Riwayat al-Bukhari)

Orang paling hebat dan paling kuat adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas tanpa adanya unsur-unsur untuk menunjuk-nunjuk ataupun keinginan diketahui oleh orang lain.

Rindukan pujian, penghormatan

Ini disebabkan naluri manusia sebenarnya selalu rindukan pujian, penghormatan, penghargaan dan ucapan terima kasih. Bahkan di hati kita pun selalu terdetik untuk mempamerkan segala apa yang ada pada diri ataupun yang sedang kita lakukan itu berupa kebaikan.

Menarik balik sedekah pula adalah satu perbuatan yang disifatkan Rasulullah SAW dalam sebuah hadis sebagai memakan semula sesuatu yang telah dimuntahkan oleh seseorang. Ini menunjukkan ia perbuatan yang buruk dan amat memalukan.

Sesungguhnya sedekah adalah penolak bala, penyubur pahala dan melipatgandakan rezeki seseorang; sebutir benih menumbuhkan tujuh tangkai, yang pada tiap-tiap tangkai itu terjurai seratus biji. Ertinya, Allah yang Maha Kaya akan membalas setiap sedekah itu hingga tujuh ratus kali ganda.

Setiap amal dapat ganjaran

Daripada Abu Dzar, Nabi SAW bersabda: “Setiap orang mempunyai sumber sedekah. Tiap-tiap tasbih, tahmid, tahlil dan takbir adalah sedekah. Amar makruf adalah sedekah, nahi mungkar adalah sedekah. Dan semuanya itu sama nilainya dengan dua rakaat solat Dhuha.” (Riwayat Muslim)

Beramal ibadah itu bukan setakat di hamparan sejadah (solat) semata tetapi ia meliputi amalan anggota lahir dan batin di luar sembahyang juga seperti bersedekah, bertasbih dan bertahmid.

Pokoknya, di setiap kesempatan yang ada perlu diisi dengan amal kebaikan kerana setiap amal akan diberi ganjaran balasan yang baik dan begitulah sebaliknya.
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.