
SHAH ALAM: Anggota Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd
Puad Zarkashi menyifatkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang
sebagai angkuh apabila membuat kenyataan parti itu tidak boleh
bekerjasama dengan Umno.
Beliau berkata kenyataan Abdul Hadi itu juga jelas menggambarkan
pemimpin PAS berkenaan tidak berfikir secara matang dan berpandangan
jauh dalam arena politik.
"Sikap Abdul Hadi itu juga jelas menunjukkan dirinya seorang pemimpin
politik yang sudah tidak relevan pada masa kini," katanya pada sidang
media selepas merasmikan Karnival Karangkraf 2013 di sini, Jumaat.
Mohd Puad mengulas kenyataan Abdul Hadi yang dilapor sebuah akhbar
hari ini bahawa PAS tidak boleh bekerjasama dengan Umno dan Barisan
Nasional (BN) dalam perkongsian kuasa di negara ini kerana parti itu (BN
dan Umno) tidak tahu memerintah.
Mohd Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, berkata sikap PAS itu
juga jelas tersasar dengan pendirian parti yang kononnya memperjuangkan
Islam apabila sanggup bekerjasama dengan DAP yang berbeza agama tetapi
menolak Umno.
"Sejarah sendiri jelas membuktikan bahawa Umno dan PAS pernah
bekerjasama sebelum ini dan sangat menghairankan apabila PAS sanggup
bersama pakatan yang menolak Islam termasuk dalam isu kalimah Allah,"
katanya.
Sementara itu, Mohd Puad turut mencabar Pengerusi DAP Kebangsaan
Karpal Singh mengambil tindakan terhadap beberapa penyokong PAS yang
baru-baru ini mengadakan demonstrasi membantah gesaan Setiausaha Agung
DAP Lim Guan Eng supaya membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible
versi bahasa Melayu.
"Saya telah kenal pasti tiga daripada mereka yang terlibat adalah
anggota PAS yang turut memijak poster Guan Eng dan lambang parti DAP,
jadi Karpal sebagai peguam patut ambil tindakan dan desak untuk memecat
mereka yang terlibat," katanya.
Pada 27 Januari lepas, beberapa penyokong PAS mengadakan perhimpunan
aman di sebuah masjid di Sungai Petani, Kedah, mendesak Ketua Menteri
Pulau Pinang berkenaan memohon maaf kepada umat Islam di negara ini
secara terbuka dengan segera. BERNAMA
Kadang-kadang tak faham la orang-orang ni [MELAYU(ISLAM)],yang sesama sendiri nak bertelagah mencari kuasa.Orang-orang lain [BUKAN MELAYU & ISLAM) dok asyik gelakkan kita yang bertelagah ni.Boleh pulak jadi BATU API suruh si Karpal ambil tindakan kat orang PAS.Kan orang tu orang ISLAM dan semestinya MELAYU?Politik tu tak kisah la kan...tapi jangan la sebab GILA KUASA dan KEDUDUKAN nak gadaikan BANGSA dan KAUM serta AGAMA sendiri????Tak kira jua la dari pihak kerajaan yang memerintah atau pembangkang ysng mengharap....
BalasPadam