Nasha Dipecat Keanggotan Majlis Syura, Nik Aziz Antara Individu Paling Gembira


Setelah sekian lama menunggu akhirnya Nasharuddin Mat Isa dipecat juga, tapi cuma dipecat dari keanggotaan Majlis Syura sahaja.

Mungkin ini adalah titik permulaan bagi siri pemecatan yang terakhir iaitu dipecat terus dari menjadi ahli Pas.

Sebenarnya, ramai lagi dari kalangan pemimpin PAS berhasrat keluar dari parti politik yang menggunakan jenama Islam itu. Oleh kerana telah memeterai satu perjanjian atau bai'ah talak tiga terhadap isteri masing-masing, maka mereka terpaksa terus setia sehingga sampai tarikh luput bai'ah tersebut.

Antara individu yang paling gembira dengan berita pemecatan ini sudah tentunya ialah Nik Abdul Aziz Nikmat. Inilah saat yang dinanti-nantikan oleh beliau setelah sekian lama berdiam diri menahan geram apabila keputusan Majlis Syura yang lepas gagal mencapai keputusan memecat bekas timbalan presidennya itu.

Atas sebab apa sekalipun Nasharuddin Mat Isa dipecat, itu bukan menjadi perkara penting lagi kerana terdapat sebilangan pemimpin PR termasuk dari PAS sendiri mahukan beliau dipecat dari PAS seperti mana nasib yang diterima oleh Hassan Ali.

Sehingga tiba PRU13 nanti, penulis ramalkan PAS akan terus bergolak dengan masalah dalamanya. Ini adalah peluang terbaik bagi pihak yang menjadi seteru utama PAS di arena politik dengan menggunakan peluang yang ada untuk 'menasi tabahkan' lagi masalah sedia ada yang sedang dialami PAS.

SHAH ALAM – Majlis Syura Pas mengesahkan telah menggugurkan keanggotaan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, yang pernah disebut akan diambil tindakan disiplin tahun lalu, atas alasan telah melanggar beberapa peraturan badan tertinggi parti itu.

Setiausahanya, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, keputusan itu dibuat kerana Nasharudin  didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura..(petikan dari Sinar Harian)
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.