Info: Panduan Elak Pasangan Berlaku Curang


Amat menyedihkan apabila mengetahui pasangan curang terhadap kita. Perkara begini amat kita takuti dalam dunia percintaan. Perkara ini akan mengundang keretakan dan secara tidak langsung akan membuat diri murung, putus asa dan hilangnya kepercayaan terhadap pasangan. Namun kita boleh mencuba beberapa teknik dan strategi yang efektif untuk mengelak pasangan curang.

Pertama, kita perbaiki atau ubah penampilan. Penampilan sebenarnya antara elemen penting di dalam perhubungan cinta. Ramai pasangan yang memandang remeh penampilan mereka. Mungkin sekarang anda merasakan penampilan bukannya isu penting di dalam hubungan Anda. tetapi penampilan sebenarnya boleh menjejaskan hubungan anda. Antara langkah yang anda boleh lakukan untuk memperbaiki penampilan anda:

Langkah 1 – Sedar dan kenali 'Kelemahan' penampilan anda sekarang.
Langkah 2 – Perbaiki kelemahan penampilan anda.
Langkah 3 – Kekalkan penampilan baru anda berdasarkan citarasa pasangan anda.

Langkah yang begitu mudah tetapi memerlukan 'Kepercayaan' dan 'Kekuatan' Anda untuk melaksanakannya.

Kedua, ubah serta perbaiki cara anda berkomunikasi dengan pasangan anda. Komunikasi adalah asas perhubungan manusia begitu juga dengan hubungan cinta perlukan komunikasi. Anda boleh aplikasikan teknik komunikasi dengan langkah berikut:

Langkah 1 – Kenali situasi di mana pasangan anda akan mengelak arahan anda.
Langkah 2 – Sediakan beberapa skrip arahan yang diselitkan eleman sebab dan kerana.
Langkah 3 – Amalkan di dalam hampir setiap arahan anda kepada pasangan.

Pasangan anda akan mula 'menyenangi' dan apa yang lebih penting adalah 'pasangan anda mula suka dengan cara anda berkomunikasi sekaligus meningkatkan rasa sayang.
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.