Isu Salun Rambut Kelantan: PAS Terus Main Wayang Pek Gi


Sampai nak berahsia pula. Ntah-ntah kerajaan PAS Kelantan nak kaji semula undang-undang Islam yang diciptanya setelah terdapat desakan dari pelbagai pihak terutama sekali dari kalangan orang bukan Islam berkenaan larangan pekerja wanita mengunting rambut lelaki.

Islam itu serba serbinya sempurna dan tiada cacat celanya. Tapi yang peliknya undang-undang Islam yang telah dilaksanakan oleh PAS ini masih berlaku pertikaian. Ini bermakna PAS perlu belajar tentang Islam dengan lebih mendalam lagi, bukan setakat cukup syarat pakai jubah, serban dan menyimpan janggut sudah mendabik dada kononya tahu tentang Islam.

Bagaimana PAS nak melaksanakan hukum hudud jika undang-undang sekecil ini pun tidak mampu dipertahankan?

Penulis tertanya-tanya, orang PAS di Kelantan gersang sangat ke sampai terpaksa kerajaan negeri kuatkuasakan larangan atau peraturan seperti ini? Sebagai sebuah negeri yang menerapkan nilai-nilai Islam dalam pentadbiranya dan juga amalan hidup rakyatnya, perkara seperti ini tidak sepatutnya menjadi isu melainkan...........Nik Aziz selaku Menteri Besar dan juga Mursyidul Am yang begitu disanjung selama ini GAGAL menjalankan amanah dan tanggunjawabnya untuk mentarbiyah rakyat di bawah jangaanya agar mematuhi ajaran Islam.

KOTA BHARU – Perbincangan antara Kerajaan Negeri Kelantan dengan dua badan bukan kerajaan (NGO) Cina di negeri itu semalam mencapai kata sepakat mengenai isu kedai gunting rambut yang tercetus sejak seminggu ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, perbincangan muhibah kedua belah pihak itu adalah untuk mendengar pandangan kedua belah pihak dan mencari jalan penyelesaian.

“Perbincangan ini berlangsung dengan baik dan kami turut menerima beberapa cadangan dari pihak NGO untuk menyelesaikan isu ini dengan cara yang berkesan dan disetujui semua pihak,”
katanya kepada pemberita di Kompleks Kota Darulnaim, semalam.

Isu ini dibangkit setelah seorang pemilik kedai gunting rambut di KB Mall, di sini mendakwa disaman 11 kali oleh pihak berkuasa tempatan sejak 2010, kerana mendapati adanya pekerja wanita bukan Islam di premisnya menggunting rambut untuk pelanggan lelaki bukan Islam, mengakibatkannya didenda antara RM200 hingga RM350.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut, termasuk Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, Pengerusi Gabungan Pertubuhan Tiong Hua Kelantan, Oie Poh Choon dan Presiden Dewan Perniagaan Cina Kelantan, Goh Tee Chew.

“Hari ini kami berbesar hati menerima cadangan ini untuk dibawa ke mesyuarat exco minggu hadapan dan hari ini bukan perjumpaan terakhir kerana kami akan duduk berbincang kembali jika masih berlaku sebarang kekeliruan,” katanya.

Beliau berkata, cadangan yang diberikan pihak NGO merupakan cadangan yang sangat baik dan yakin dapat membantu menyelesaikan isu yang dialami.

“Kami tidak boleh beritahu sekarang tentang cadangan yang dibincangkan dan selepas mesyuarat exco nanti kami akan beritahu semua jalan penyelesaiannya,” katanya.

Takiyuddin berkata, pihaknya akan menunggu keputusan Exco yang akan dipengerusikan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan memberi jaminan cadangan ini akan dipertimbangkan dan akan diumumkan selepas itu.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada wakil-wakil NGO yang datang hari ini (semalam) kerana mereka bukan sahaja mewakili peniaga-peniaga bukan Islam Kelantan malah mewakili dan memikirkan juga tentang kepentingan orang Islam dan pandangan orang ramai,” katanya.

Sumber: Sinar Harian
Share on Google Plus

About Unknown

1 comments:

  1. KAN ALLAH DAH KABULKAN DOA MEREKA HARI TU. DIAM TAK DIAM SATU NEGARA TAHU TENTANG WUJUDNYA SALON KAT KELANTAN. TU PUN GATAI NAK CAKAP PASAL HUDUD. BAB SALON PUN DAH JADI SASAU. ALLAH MAHA BESAR.

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.