Islam memerintahkan setiap Muslim berjihad untuk mempertahankan
kedaulatan dan kedudukan Islam. Tuntutan berjihad dijelaskan firman
Allah SWT yang bermaksud: "Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan
jihad sebenar-benarnya." (Surah al-Hajj: 78).
Erti jihad sebenar ialah melakukan sesuatu usaha atau tindakan untuk kepentingan agama Allah mengikut cara betul atau diharuskan dalam Islam. Ia bertujuan mencapai kebaikan dan mencegah perkara buruk.

Di negara ini, biarpun perbezaan pendapat tidak membawa kepada pertumpahan darah, namun perkara ini tidak boleh dipandang mudah kerana sudah banyak kerugian dari segi tenaga, fikiran dan wang ringgit dihabiskan untuk ‘bertempur’ sesama sendiri. Segala aset itu sepatutnya digunakan untuk bersama-sama berjihad membela umat Islam di Malaysia.
Imam Bukhari berjaya mengumpul 101 hadis mengenai jihad, yang
sebahagian besar menjelaskan amalan dimaksudkan jihad seperti berusaha
mencari rezeki, menuntut ilmu, melakukan kebaikan terhadap ibu bapa,
ahli keluarga dan masyarakat.
Antara hadis menyebut mengenai jihad ialah sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Barang siapa yang memasuki masjid kami ini (masjid Nabawi) dengan tujuan mempelajari kebaikan atau mengajarkannya, maka ia laksana orang yang berjihad di jalan Allah.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban, Ibnu Majah dan Ahmad).
Cabang jihad
Sesungguhnya, cabang jihad amat banyak yang mampu dilakukan demi kebaikan diri sendiri, keluarga dan agama. Seruan jihad dalam maksud inilah yang perlu diutamakan oleh setiap individu Islam mengikut kemampuan masing-masing.

Sesungguhnya, berbuat baik sesama makhluk dengan niat untuk menegakkan syiar dan kedudukan Islam juga termasuk dalam kategori jihad. Antara jihad dituntut dilakukan Muslim ialah menguasai ilmu pengetahuan, ekonomi, sains, teknologi, politik, ketenteraan dan segala keperluan lain untuk setanding dengan bukan Islam.
Perbuatan ekstrem ditegah dilakukan kecuali terpaksa disebabkan pihak musuh memulakan atau wujudnya tindakan provokasi yang perlu dihadapi dengan tindak balas sama. Tindakan itu perlu untuk mempertahankan hak, membela kebenaran dan keadilan.
Perkara ini ditegaskan Allah SWT dalam firman yang bermaksud: “Diwajibkan ke atasmu berperang menentang pencerobohan, sedangkan peperangan itu adalah perkara yang kamu benci.” (Surah al-Baqarah: 216).
Tindakan negara Islam cuba menentang kuasa besar secara ketenteraan mengundang padah. Tidak ada negara Islam yang mampu menandingi kemampuan persenjataan kuasa besar. Musuh Islam menggunakan alasan ancaman ketenteraan untuk menghancurkan sepenuhnya potensi dimiliki umat Islam.
Salah tafsir
Disebabkan salah tafsir maksud jihad juga membawa kepada perpecahan sesama umat Islam. Disebabkan berlainan fahaman politik membawa kepada pertentangan sesama sendiri.
Di negara luar, ada umat Islam berperang sesama sendiri. Masing-masing mengaku mereka berjihad dan menghalalkan darah sesama Islam.
Inilah malapetaka besar melanda umat Islam. Dalam keadaan umat Islam lemah sepatutnya kita bersatu dan mengetepikan segala perbezaan pendapat dan fahaman.
Di negara ini, biarpun perbezaan pendapat tidak membawa kepada pertumpahan darah, namun perkara ini tidak boleh dipandang mudah kerana sudah banyak kerugian dari segi tenaga, fikiran dan wang ringgit dihabiskan untuk ‘bertempur’ sesama sendiri. Segala aset itu sepatutnya digunakan untuk bersama-sama berjihad membela umat Islam di Malaysia.
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.