Kronisme, nepotisme, merupakan antara tuduhan-tuduhan yang sering dibuat oleh Pakatan Rakyat terhadap Barisan Nasional walaupun yang jelas mengamalkanya adalah mereka sendiri.
Sedangkan pemimpin BN yang dituduh mereka mengutamakan anak atau sepupu dalam pemberian jawatan itu tidak pernah mengamalkan nepotisme tetapi kesemua yang terlibat telah membuktikan kredibiliti dan ‘naik ke atas’ melalui anak tangga yang sah. Lebih dari itu, tiada mana-mana pemimpin BN yang ahli keluarganya memegang jawatan dalam era yang sama, sekali gus membuktikan bahawa kedudukan mereka itu bukanlah diperolehi secara automatik.
Sebaliknya bagi pemimpin-pemimpin PR, anak dan menantu mereka dilantik secara langsung ke jawatan yang tinggi, seolah-olah bersiap sedia untuk mewarisi takhta yang menjadi hak keluarga mereka. Jelas, demokrasi adalah sesuatu yang objektif dalam pentadbiran Pakatan Rakyat dan ini terbukti apabila Ketua Umum mereka sendiri bukanlah dilantik melalui proses demokrasi.Sedangkan pemimpin BN yang dituduh mereka mengutamakan anak atau sepupu dalam pemberian jawatan itu tidak pernah mengamalkan nepotisme tetapi kesemua yang terlibat telah membuktikan kredibiliti dan ‘naik ke atas’ melalui anak tangga yang sah. Lebih dari itu, tiada mana-mana pemimpin BN yang ahli keluarganya memegang jawatan dalam era yang sama, sekali gus membuktikan bahawa kedudukan mereka itu bukanlah diperolehi secara automatik.
Kabinet Bayangan yang dibentangkan PKR juga telah menyerlahkan lagi amalan nepotisme tahap tertinggi dalam parti yang cakap tidak serupa bikin tersebut. Anwar Ibrahim yang melantik dirinya sendiri sebagai bakal Perdana Menteri telah meletakkan isterinya, sebagai Menteri di Jabatan PM dan anaknya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.
Bagi membela PR, Karpal Singh telah membuat kenyataan paling lucu dalam sejarah politik dengan menggesa rakyat agar tidak bimbang dengan amalan nepotisme di dalam PR. Alasannya, semua isteri, anak atau menantu pemimpin PR yang memegang jawatan telah membuktikan kredibiliti dan kelayakan masing-masing. Namun, di masa yang sama, Karpal turut menafikan yang partinya mengiktiraf senarai Kabinet Bayangan yang dikeluarkan PKR.
Kenyataan ini dilihat sebagai usaha yang paling menyedihkan bagi Karpal untuk menjustifikasi amalan nepotisme di dalam PR.
Apalah sangat yang telah dibuktikan oleh Nurul Izzah yang menjadikan beliau layak memegang jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan? Dan apakah keengganan Karpal untuk mengiktiraf Kabinet Bayangan tersebut adalah kerana beliau merasakan anaknya, Gobind Singh, lebih layak dari Nurul Izzah untuk jawatan itu?
Inilah dilemma yang dapat kita kesan dalam diri Karpal di mana beliau ingin sekali mengkritik amalan nepotisme Anwar tetapi tidak mampu kerana beliau dan parti beliau sendiri mengamalkannya.
Rakyat sedia maklum bahawa seperti juga PKR, DAP turut ‘membudayakan’ nepotisme di mana Lim Kit Siang, yang pernah memegang jawatan Setiausaha Agung parti dan juga Pengerusi telah memastikan yang anaknya, Lim Guan Eng melalui jejak yang sama. Lim Guan Eng kini Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang juga tidak lupa mengheret isterinya, Betty Chew ke dalam politik. Betty Chew kini ialah Ahli Parlimen di Melaka. Dan sudah pasti, jawatan Menteri juga menunggu Betty Chew jika PR memerintah negara ini.
Begitu juga Nik Aziz, Mursyidul Am PAS turut memastikan anaknya, Nik Abduh menyusuri jejak politiknya melalui jawatan Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat. Menantunya, Ariff Fahmi pula, menuruti jejaknya dari luar politik melalui jawatan Ketua Pegawai Eksekutif PMBK. Pendek kata, PR sentiasa mengamalkan nepotisme tak kira di mana, iaitu dalam politik mahupun dalam pentadbiran negeri. Nampaknya, kemungkinan besar Nik Abduh dan Ariff Fahmi juga akan dilantik ke kabinet jika PR memerintah.
Jika anak-anak pemimpin BN yang terlibat dalam politik telah benar-benar membuktikan kebolehan serta telah pun menabur jasa yang tak kurang banyaknya kepada rakyat dan negara, bolehkah pemimpin PR berkata yang sama mengenai isteri, anak dan menantu mereka?
Anak-anak pemimpin BN seperti Dato’ Mukhriz Mahathir dan Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri telah lama mencurah bakti menjayakan program-program keusahawanan, belia dan berbagai-bagai lagi sepanjang hidup mereka sebelum dan setelah berada di kedudukan mereka sekarang.
Tetapi, apakah jasa-jasa yang begitu signifikan yang pernah dicurahkan oleh Nurul, Gobind, Guan Eng atau Betty yang mengatasi jasa-jasa pemimpin kecil PKR dan DAP yang lain yang melayakkan mereka memegang jawatan penting parti dan menjadi menteri kabinet sekiranya PR memerintah?
Jangan lupa umno pun ada parti anak beranak.mereka mewarisi kepimpinan bapa dan datuk nenek mereka.apa salahnya.Pemimpin pkr pun sama.malah bekas pemimpin umnok beria-ia menonjol anaknya utk ditempatkan dibarisan depan.jangan sampai mengata dulang paku serepih.umnok,umnok tak habis-habis dengan low...... .
BalasPadam