Sifat yakin itu sememangnya perlu ada dalam diri setiap manusia kerana ia akan membantu kita untuk mencapai apa jua impian yang diharapkan. Tetapi awas! Kerana terlalu yakin juga boleh menjadikan hidup kita lebih merana dan sengsara apabila impian tinggi melangit tidak menjadi kenyataan atau strategi yang dirancang begitu rapi tidak menjadi.
Bahang PRU13 kini semakin terasa, pada bila-bila masa sahaja dari sekarang Perdana Menteri, Datuk Sri Najib boleh membuat pengumuman untuk membubarkan Parlimen bagi membuka gelanggang pilihanraya.
Berbalik kepada isu yakin atau terlebih yakin ini, apa yang penulis perhatikan, Pakatan Pembangkang nampaknya kini berjaya mendahului tahap keyakinan Barisan Nasional (BN) sehingga ke tahap seolah-olah mereka telah menang PRU13 biarpun tarikh pilihanraya belum diumumkan.
Bicaralah apa sahaja, terutama sekali bab politik tanah air, pasti mereka yang begitu taksub dengan parti politik yang dianutinya ini akan mendakwa bahawa sesungguhnya tiada gabungan parti politik yang lebih sempurna di dunia ini melainkan Pakatan Pembangkang sahaja. Pada hal mereka sendiri mengakui bahawa Pakatan yang disertainya itu ada kalanya saling bercanggah pendapat dan mempunyai ideologi politik yang berbeza.
Naib Presiden PAS, Salihuddin Ayub atau lebih mesra dengan panggilan Din Pudu seperti yang dilapurkan oleh Sinar Harian, telah menzahirkan keyakinanya bahawa Pakatan Pembangkang akan berjaya melumpuhkan tiga negeri yang selama ini menjadi 'simpanan tetap' BN iaitu negeri Johor, Sabah dan Serawak sambil mengekalkan 4 negeri yang ditadbir Pakatan hari ini dalam PRU13 akan datang.
Penulis terfikir, bagaimana dia boleh begitu yakin dapat melumpuhkan ketiga-tiga negeri ini sedangkan nasibnya sendiri yang akan bertanding di kampung halamanya di Johor masih lagi kabur . Silap haribulan boleh hilang wang deposit yang pertaruhkan dan belum tentu lagi rakyat Johor sanggup menerima calon reject dari Kelantan ini.
Jika kita masih ingat beberapa hari lepas di Taman Kosas, Parlimen Ampang, Anwar Ibrahim dalam ceramahnya dengan begitu angkuh dan syok sendiri mengangkat dirinya sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia ke-7. Selain itu Anwar turut berimiginasi akan menggunakan kuasa diktator untuk mengarahkan SPR agar mengumumkan 'kejayaan' Pakatan Pembangkang menawan Putrajaya dalam PRU13.
Apa yang lebih melawakkan ialah, apabila Anwar dalam imiginasinya ada memberi tahu, pada tepat jam 2.30 petang (masa hari pilihan raya) dirinya sendiri akan menghubungi Pengurusi SPR untuk menyatakan bahawa keputusan pilihan raya telah diketahui dan disuruh supaya bersedia untuk membuat pengumuman. Apa yang pelik tentang imiginasi Anwar ini dan menjadi tanda tanya ialah, bagaimana dia boleh tahu keputusan pilihanraya lebih awal sedangkan masa akhir pengundian tamat pada jam lima petang!
Inilah sifat dan sikap manusia yang terlebih yakin atau sudah terlalu lama meroyan mengidamkan jawatan Perdana Menteri hingga sanggup melakukan apa sahaja termasuk berbohong dan ada kalanya sampai ke tahap melampau seperti mengambil alih kerja Tuhan dalam menentukan apa perkara yang akan berlaku pada hari esok.
Akhir sekali, penulis harap kepada penyokong dan pemimpin BN agar tidak terikut-ikut dengan tabiat Pembangkang ini kerana buruk benar. Jika niat kita ikhlas ingin berbakti kepada agama, bangsa dan tanah air sudah tentu Allah akan membalasnya. Buktinya pun telah ada dengan BN kekal menjadi Kerajaan Pemerintah di Malaysia hingga ke hari ini.
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.