'Kekalahan Besar Pro M' Gambaran Awal Kekalahan Pembangkang Pada PRU13

TAHNIAH penulis ucapkan kepada Pro Aspirasi atau Aspirasi Mahasiswa kerana telah berjaya menguasai 2/3 mejoriti kerusi yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Kampus baru-baru ini. Biar pun taraf pindidikan penulis sekadar peringkat SPM, namun penulis turut gembira melihat perubahan  dan kematangan yang ditunjukkan mahasiswa hari ini.

Kepada pihak yang kalah, belajarlah terima hakikat dan tidak perlu menyalahkan pihak lain jika ideologi yang dibawa ditolak oleh mejoriti mahasiswa.

Kemenangan besar yang tidak diduga ini juga turut membuktikan bahawa mahasiswa hari ini masih lagi boleh berfikir secara waras, bagi menentukan apa yang terbaik untuk masa depan mereka sekaligus menolak gaya politik ekstrim dan membabi buta, demonstrasi jalanan seperti ditonjolkan oleh golongan mahasiswa yang cenderung kepada parti Pembangkang.

Melalui kemenangan ini juga, ia boleh dijadikan penanda aras ke mana arah tuju sokongan para belia hari ini terhadap progaram transformasi yang telah dilakukan oleh Kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Dato Sri Najib Tun Abd Razak.

Kekalahan besar anak didik Pembangkang dalam pilihan raya kampus kali ini, menjadi cerminan kepada nasib calon-calon pilihan raya umum ke-13 dari parti Pembangkang  yang akan bertanding kelak. - JERING Daily

Kemenangan besar kumpulan mahasiswa yang memperjuangankan suara mahasiswa atau lebih dikenali dengan Aspirasi Mahasiswa menjadi bukti bahawa golongan muda dan terpelajar di negara ini menolak politik konfrantasi yang cuba diperkenalkan oleh pemimpin pembangkang melalui agen-agen mereka di universiti.

Aspirasi Mahasiswa menang di 17 dari 19 universiti awam seluruh negara, atau dari 567 kerusi yang dipertandingkan, Aspirasi Mahasiswa menguasai 493 kerusi (86.94 peratus) manakala kumpulan pro-Mahasiswa yang sering dikaitkan dengan agenda pembangkang menguasai 73 kerusi (12.87 peratus) manakala 1.94 peratus lagi calon bebas.

Ini bermakna untuk pilihanraya kampus sesi 2012/2013 Aspirasi Mahasiswa berjaya memenangi majoriti 2/3 dari keseluruhan universiti awam seluruh negara.

Bagi yang mengikuti dengan dekat pilihanraya kampus ini, kemenangan Aspirasi Mahasiswa dalam pemilihan kali ini menjadi bukti politik konfrantasi yang diamalkan oleh mahasiswa pro pembangkang ditolak majoriti pelajar. Baca selanjutnya di sini
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.