Ini memang satu berita baik yang sangat dinanti oleh generasi baru Felda seperti penulis. Mudah-mudahan harapan penulis dan generasi Felda yang lain untuk memiliki rumah yang bakal dibina oleh Kerajaan ini akan menjadi kenyataan.
Untuk memastikan segala rancangan yang telah dibuat oleh Kerajaan ini menjadi kenyataan, diharap generasi Felda hari ini tahu apa yang perlu dibuat bila tiba masanya nanti. Penulis memang tak mahu mempengaruhi siapa-siapa dalam membuat pilihan.
Oleh kerana masing-masing dah besar panjang, buatlah pilihan yang boleh menjamin kehidupan masa depan, diri sendiri dan juga keluarga.
KUALA LUMPUR 28 Sept. - Felda akan menyiapkan projek perumahan generasi baharu sebanyak 20,000 unit untuk tempoh lima tahun di atas tanah seluas 2,023.4 hektar (5,000 ekar) dalam kawasannya, membabitkan belanja RM1.5 bilion.
Ini antara program yang akan dilaksanakan oleh syarikat-syarikat
berkaitan kerajaan (GLC) dan agensi-agensi, sebagai menyokong usaha
kerajaan merancakkan aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), yang
diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa
membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata selain itu Felda juga memperuntukkan RM60 juta bagi
membaiki rumah-rumah kampung tradisi di sekitar rancangan, di samping
berbelanja RM100 juta setahun untuk program pendidikan dan latihan
kemahiran serta biasiswa kepada 5,000 anak generasi baharu.
Menurutnya 30 peratus atau 2,000 orang daripada jumlah itu terdiri daripada anak-anak dari luar Felda.
"Kerajaan berharap pihak swasta, badan korporat serta syarikat
berkaitan kerajaan akan dapat memainkan peranan lebih besar dalam
pembangunan dan kesejahteraan rakyat melalui CSR," katanya. - BERNAMA
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.