Dana Tin Milo Tidak Mencukupi, Nik Aziz Terpaksa Lelong Tongkat Kesayangan


Sampai terpaksa lelong tongkat semata-mata untuk mendapatkan dana pilihanraya. Ntah berapa sen agaknya tongkat Nik Aziz ini jika dilelong nanti. Siapa agaknya orang kaya yang akan menjadi pembida tertinggi untuk mendapatkan tongkat tersebut sekaligus menjadi tuan kedua selepas Nik Aziz?

Memang pelik, orang sekaya Nik Aziz yang bergaji Menteri Besar hanya mampu melelong  tongkat sedangkan banyak lagi barang serta harta yang berharga yang dimiliki olehnya boleh dilelong dan tentunya akan mendatangkan pulangan lumayan bagi menampung dana pilihanraya.

Apa yang paling dikhuatiri ialah, apabila pembida yang berjaya memiliki tongkat kesayangan Nik Aziz itu akan menjadi lebih taksub sehingga memuja-muja tongkat tersebut seolah-olah boleh memberi 'berkat' kepada pemilikya kerana tuan asal tongkat tersebut adalah seorang Tok Guru yang begitu disanjungi.

Dalam hati pernulis tertanya juga, dari melelong tongkat, adalah lebih mulia jika Nik Aziz melelong rumah atau kereta mewahnya jika dia betul-betul berniat hendak membelanjakan haratanya ke jalan Allah.

Penulis bukan bermaksud nak mempertikai tindakan Nik Aziz  itu, tapi tak patutlah seorang yang bergelar Menteri Besar hanya mampu melelong tongkatnya sebagai sumbangan kepada dana parti. Tak tahulah kalau tindakan Nik Aziz ini hanya sekadar nak buat gimik politik sahaja.


KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini secara sukarelanya melelong tongkat yang digunakan sejak sekian lama untuk untuk menaja dana Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Pengumuman berkenaan dibuat kira-kira pagi tadi selepas beliau menyampaikan kuliah mingguan di Dataran Ilmu di sini.

Sejurus itu Nik Aziz menyerahkan tongkat kesayangan tersebut kepada seorang wakil untuk menyempurnakan hasrat murninya itu.

Nik Aziz berkata, sebelum ini wakil Pas Pusat memaklumkan kepadanya mahu mengumpul dana bagi tabung menjelang PRU13 dan meminta beliau melelong barangan tertentu.

“Bagi tujuan itu hari ini saya mengisytiharkan akan melelong tongkat saya ini untuk membantu mengumpulkan dana bagi pilihan raya umum nanti,” katanya hari ini.

Ribuan orang mengikuti kuliah tersebut berdiri sebagai sokongan terhadap tindakan Nik Aziz yang juga merupakan Menteri Besar Kelantan - Sinar Harian
Share on Google Plus

About Unknown

2 comments:

  1. hahaha jual tongkat ke atau serahkan 'saka' yang ada dalam tongkat tu. Siapa Waris tongkat yang akan membela syaithan dalam tongkat tu yer. Cam nak mati jer.

    Maaf yer gimik murahan camni layak dibuat oleh pengikut ajaran sesat jer. Esok-esok ada yang rendam tongkat ni dalam air untuk diminum airnya...mukjizat dan mujarab gamaknya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba try test..mana la tahu ada keberkatanya..hahaha

      Padam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.