Anwar Tarik Balik Saman Sekiranya Saipul Batalkan Hasrat Buat Rayuan?


Lawan tetap lawan, slogan ni lagi. Sebenarnya penulis pun sudah malas hendak menaip perkataan terebut kerana apa yang dilaung tidak serupa dengan tindakan yang dibuat. Ibarat kata pepatah, cakap berdegar-degar, tapi punggung penuh dengan tahi. Oleh kerana, ia ada kaitan dengan berita kali ini, taip saja lah.

Tiba-tiba penulis rasa pelik setelah membaca lapuran berita tentang Anwar menarik balik samanya terhadap Saipul Bukhari yang didakwa memfitnah dan mencemarkan imej suci ketua Pembangkang itu. Bukan Anwar yang dikenali, jika dia tarik balik samanya itu.

Sepanjang penulis mengikuti perkembangan terkini perjalan hidup ketua Pembangkang Pakatan ini, rasanya tidak pernah sekali  dia menarik balik tuntutan saman yang dibuat terhadap individu atau organisasi yang dirasa boleh menggugat hidupnya. Jika dihitung jumlah saman Anwar ini, sudah mencecah bilion ringgit.

Macam ada yang tidak kena antara kedua-dua belah pihak. Adakah Anwar bimbang jika dia meneruskan juga samannya terhadap Saipul, maka lebih banyak lagi kisah gelap hidupnya yang belum diketahui rakyat akan terbongkar semasa perbicaraan kes berlangsung atau...

Pihak Anawar telah berjaya menyakinkan Saipul Bukhari agar tidak meneruskan hasratnya untuk mengheret kembali bekas majikanya itu ke muka pngadilan. Sebagai balasan, Anwar menarik semula samanya seperti yang dilapurkan dalam berita hari ini. Harap sangkaan penulis ini tidak betul..

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menarik balik samannya terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Tinggi di sini.

Utusan melaporkan, Peguam Zamri Idrus yang mewakili Mohd. Saiful memberitahu pemberita, Anwar menarik balik kes saman itu ekoran pembebasannya oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan meliwat.

Anwar selaku plaintif memfailkan saman pada 30 Jun 2008 terhadap Mohd. Saiful Bukhari yang didakwa berniat jahat ketika membuat laporan polis mengenai kes liwat membabitkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Plaintif dalam pernyataan tuntutannya mendakwa defendan mengetahui pertuduhan liwat itu adalah palsu, tetapi tetap meneruskannya dan membuat laporan polis pada 28 Jun tahun yang sama - Agenda Daily
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.