Air Percuma: Tukar Meter Pukal Kepada Meter Individu Tidak Sama Seperti Menukar Kondom!


Isu pemberian air pecuma di Selangor nampaknya terus mengganggu lena tidur Khalid Ibrahim. Biar pun setiap kenyataan media Menteri Besar Selangor itu kelihatan bersahaja apabila menjawab persoalan yang ditanya berhubung isu air percuma ini, namun jauh di sudut hatinya kini sedang dilanda kerisauan dan kebuntuan kerana memikirkan apa akan terjadi sekiranya lebih ramai lagi rakyat tampil menuntut janji. Pemberian air percuma cuma salah satu darinya, itu belum dengan janji yang lain.

Khalid Ibrahim kini berada dalam keadaan yang sangat terdesak ekoran dari saman yang dikemukakan kepadanya berhubung isu kegagalan kerajaan negeri menunaikan janji untuk memberi subsidi air percuma kepada seluruh rakyat Selangor seperti yang termaktub dalam menifesto Pakatan Pembangkang sebelum menang PRU12 yang lepas.

Berpaut pada apa sahaja, waima sehelai rambut untuk hidup. Itulah situasi yang sedang dialami Khalid Ibrahim sekarang untuk menyelamatkan dirinya apabila berada dalam keadaan terdesak. Cubaan MB Selangor menyamakan pemberian bantuan wang tunai RM500 atau BR1M kepada rakyat Malaysia yang layak dengan pemberian air percuma 20 meter padu di Selangor merupakan satu tidakan yang amat menjelikkan kerana BR1M ini adalah pemberian kerajaan kepada rakyat atas inisiatif Perdana Menteri yang mana rancangan ini tidak termasuk dalam menifesto Barisan Nasional (BN) pada PRU12 lepas. Malahan, terma dan syarat untuk mendapatkan BR1M ini juga jelas dan difahami rakyat. Jadi apa yang samanya Khalid?

Bila sudah tersepit apa sahaja boleh terjadi, yang gagap boleh menjadi bisu. Lagi banyak Khalid membuat kenyataan bersama alasan-alasan merapunya, lagi banyak pekung busuk kerajaan Pakatan Selangor akan terbongkar diketahui rakyat. Riwayat perjalanan politik Khalid Ibrahim di Selangor bersama barisan exco kerajaan negerinya bakal berkahir hingga hunjung penggal ini sekiranya kerajaan negeri terus gagal melangsaikan segala janjinya.

Di bawah ini penulis selitkan satu komentar bernas pembaca Sinar Harian yang mempersoalkan tindakan Khalid Ibrahim dan kerajaan negeri Selangor yang cuba menyalahkan penduduk rumah flat bertingkat kerana tidak menukar meter pukal kepada meter individu  bagi membolehkan subsidi air percuma diberikan. Dengan penjelasan yang diberikan, penulis yakin kita semua akan faham mengapa penduduk rumah flat bertingkat di Selangor ini mengalami kesukaran untuk menukar meter pukal mereka.
"Menurutnya, pengguna air yang tinggal di rumah pangsa atau flat boleh menikmati air percuma sekiranya menukar meter pukal kepada individu yang tidak memerlukan kos seperti didakwa sebelum ini."

“Sebagai contoh, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), jika orang itu tidak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan adakah boleh dibenarkan untuk mendapatkan peruntukan. Kita percaya perkara ini perlu dibincangkan di mahkamah,” - Sinar Harian
Adakah Tan Sri Abdul Khalid mau meletakkan kesalahan kepada penghuni rumah bertingkat? seraya cuba menyembunyikan hakikat sebenar kelemahan di pihak Kerajaan Negeri Selangor.

Ramai yang tidak tahu hujung pangkal terutama mereka yang menginap di kediaman mewah, agam, banglo dan teres mereka tidak hadapi banyak masalah dengan migrasi meter pukal/individu, bagaimana pula penghuni yang berpendapatan rendah di kediaman bertingkat apakah mereka turut menikmati air percuma?

Kalau nak tau beratus penghuni yang menginap di bangunan bertingkat tidak menikmati pemberian air percuma mereka bukan menolak sebaliknya mereka tidak dapat berbuat apa-apa disebabkan pemilik/pengurusan bangunan tidak bersetuju dengan migrasi meter pukal/ individu, ianya berikutan syarat-syarat penyelenggaraan sistem paip dalaman seperti sistem pam di bangunan dan penyelenggaraan kawasan umum seperti kolam renang dan sebagainya adalah di bawah tanggung jawab pihak pengurusan bangunan, permasalahan nya pemilik/pengurusan bangunan mana kah yang akan bersetuju pada migrasi meter dengan menanggung segala kos penyelenggaraan untuk peringkat permulaan nya? apatah lagi jika pihak pengurusan bangunan terdiri dari syarikat kaum cina yang sangat menitik beratkan sebarang kos tambahan walau sekecil mana sekalipun.

Pemilik/pengurusan bangunan tidak gusar kerana pihak mereka tidak terikat dengan sebarang bentuk syarat penguatkuasaan 'Wajib' malah tiada peraturan dibawah Akta Perumahan Dan Kerajaan Tempatan berhubung dengan migrasi meter, 'SEPATUTNYA' pihak Kerajaan Negeri Selangor mengkaji lebih dulu dengan 'Mewajibkan' migrasi meter keatas pemilik bangunan bertingkat sebelum melancatkan air percuma bagi memberikan keadilan kepada semua penduduk terutamanya golongan yang berpendapatan rendah yang menghuni di bangunan bertingkat.

Berkenaan saman 711 penduduk terhadap Kerajaan Negeri Selangor dari segi perundangan nya adalah bertepatan memandangkan pihak pemilik/pengurusan bangunan tidak terikat dengan syarat penyelenggaraan bangunan, pihak Syabas pula tidak terikat dengan syarat migrasi meter, tapi bagi pihak Kerajaan Negeri jelas dengan sendirinya terikat pada perjanjian pemberian air percuma buktinya seperti yang di nikmati oleh penghuni rumah mewah, agam, banglo & teres.

(Untuk mendapatkan kepastian rajin-rajinlah merujuk syarat-syarat migrasi meter)

Mohd.Sabu-Komentar Sinar Harian
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.