Kesilapan Yang Biasa Lelaki Lakukan Ketika Memikat Wanita
Sememangnya menjaga perhubungan dua hala antara lelaki dan wanita bukanlah sesuatu yang mudah. Ia sering diuji dengan pelbagai dugaan, jika bijak menanganinya, maka berlalulah rintangan itu itu. Tapi adakalanya sesuatu kesilapan itu berlaku dek sikap kita sendiri atau pasangan.
Sedar tak sedar,anda kerap melakukan kesilapan. Justeru di bawah ini terdapat beberapa kesilapan yang biasa anda lakukan terhadap wanita. So,guys,lepas ni berhati-hatilah,agar pisang tidak berbuah dua kali.
1. Terlalu berlagak baik atau Nice Guy
Tahukah anda, seseorang wanita tidak akan tertarik dengan sikap lelaki yang terlalu budiman. Sifat tarikan dalam dirinya lahir secara semulajadi dek 'kuasa' tarikanyang ada pada seseorang lelaki.Usah risau jika anda secara semulajadi dilahirkan tanpa ciri-ciri budiman.Cukuplah berkelakuan baik dengannya. Keghairahan anda berlagak terlalu budiman menyebabkan anda hilang kuasa tarikan
2. Salah pendekatan
Jangan sesekali anda cuba mendesak dan mempengaruhi dirinya agar jatuh minat atau tertarik dengan anda. Jika dia tidak berminat atau tertarik kepada anda, usahlah cuba mendesaknya.Ini akan menambahkan lagi kebenciannya.Semakin anda suka mendesak semakin rimas wanita itu rasa. Ubahlah cara kelakuan anda, mana tahu suatu hari nanti dia berubah.
3. Rasuah cinta
Bermaksud anda cuba memupuk atau melahirkan kasih sayang melalui pemberian hadiah atau sesuatu yang bernilai, atau belanja makan semata-mata untuk menarik perhatiannya. Jika si dia menyedari dirinya dimanupulasi, sudah pasti anda akan ditolak. Ini menunjukan satu perhubungan yang tidak ikhlas.
4. Berkongsi perasaan
Tidak salah jika anda ingin meluahkan apa-apa yang berkaitan dengan perasaan dengan gadis yang anda kenali. Tapi tengoklah pada pada tempatnya. Jika baru seminggu dua mengenalinya, baik tak payah meluahkan apa-apa masalah kepadanya. Ini dikhuatiri menyebabkan dia merasa rimas dengan anda.Fikir jika perkara yang sama berlaku pada anda. Pastinya anda tidak suka dilambakkan dengan luahan permasalahan orang lain!
5. Rupa paras dan wang ringgit adalah segalanya
Satu tanggapan yang salah terhadap wanita. Pasti anda pernah terserempak dengan pasangan yang tidak seimbang penampilannya, si gadis cantik sedangkan si lelaki tidak seberapa. Itu dalil kepada faktor itu. Jika kena dengan cara dan ayat power anda, pasti tiada masalah untuk memikat gadis idaman anda.
6. Terlalu 'control'
Belumpun kahwin, anda sudah menampakkan corak king control. Sememangnya di peringkat percintaan, seseorang wanita suka melihat kewibawaan anda sebagai seorang lelaki yang bakal menjadi ketua rumah tangganya kelak. Tapi usahlah berlebih-lebih hingga nak control semuanya, nanti dia cabut lari kerana belum apa-apa,anda sudah mengongkong hidupnya.
7. Mengaku hebat
Usah suka menokok tambah cerita tentang diri anda supaya nampak hebat di mata si dia, walau anda tidak sehebat seperti yang dikata.. Sikap in pasti lama-lama akan memakan diri bila si dia menyedarinya.Bersikap jujurlah tentang siapa diri anda sebenarnya. Jika si dia cintakan anda, dia pasti menerima anda seadanya.
8. Bersikap panas baran
Jika ditanya samada lelaki atau wanita, pastinya mereka tidak ingin berpasangan dengan mereka yang panas baran. Sikap ini yang paling dibenci wanita. Jika anda sering marah ketika keluar dengannya hanya kerana hal yang kecil seperti memarahi pelayan kerana lambat menghantar pesanan atau marah-marah ketika memandu sila lupakan hasrat anda untuk memikat wanita itu.
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.