Hadi Awang Semakin Nyayuk Gara-Gara 'Amanat Syaitan'' Yang Pernah Difatwakanya Dulu
Kata perumpamaan orang orang putih, “now you get a taste of your own medicine”. Sekarang pandai pulak Hadi Awang kata BN guna provakasi perkauman untuk menimbulkan kebencian terhadap PAS dan mengakui ianya tidak baik dalam masyarakat majmuk seperti mana di Malaysia sekarang.
Malangnya baru sekarang Hadi Awang sedar dan rasa apa yang UMNO hadapi daripada perbuatan PAS dulu. Sebelum ini beliau dan PAS lah parti yang paling kuat menggunakan sentiment perkauman dan keagamaan untuk membangkitkan rasa kebencian orang Melayu terhadap UMNO. Mungkin dia ingat orang tak rekod segala percakapan dia dulu. Kalau dia lupa dia boleh semak balik ucapan-ucapan dulu terutama amanat yang diberikannya kepada penyokong-penyokong PAS hingga menimbulkan perpecahan dan kebencian sesama umat Islam di negara ini.
Dia lupa, atas hasutan pemimpin-pemimpin PAS lah menyebabkan penyokong-penyokong PAS tidak mahu bersembayang berimamkan orang UMNO hingga terjadinya kejadian sembayang dua iman di Terangganu dulu. Orang UMNO pula dianggap kafir kerana tidak menyokong PAS melaksanakan hudud, justuru apa saja yang UMNO buat semuanya dianggap tidak sah dan haram.
UMNO dianggap bacul dan munafik kerana menyebelahi MCA dan MIC menentang hudud dan segala tanggapan buruk dilemparkan terhadap UMNO telah menimbulkan rasa kebencian yang amat sangat terutama orang-orang kampong di sebelah Pantai Timur terhadap UMNO. Sekarang UMNO tidak perlu lagi bercakap-cakap apa tentang PAS kerana PAS sendiri yang menjilat balik ludah mereka sendiri.
Sebaik saja kerjasama rasmi terjalin diantara DAP dan PAS, Hadi Awang mula menyatakan hudud cuma 0.01% saja dalam amalan Islam. Jika Hadi tahu hudud cuma 0.01% saja dalam amalan Islam kenapa Hadi dan PAS mengkafirkan UMNO hanya kerana tidak melaksanakan hudud sedangkan 99.1% lagi amalan Islam yang diamalkan oleh UMNO sudah menjadikan UMNO kafir?
Dulu PAS tuduh UMNO menggalakkan judi kerana mengeluarkan lesen judi tapi PAS tidak mahu sebut tentang UMNO melarang umat daripada masuk ke tempat judi. PAS kata UMNO membenarkan jualan minuman keras tetapi Nik Aziz sendiri mengeluarkan lessen jualan minuman keras di Kelantan itu tidak pulak PAS sebut. Malah PAS sanggup singkirkan bekas Persuruhjaya mereka di Selangor kerana bertindak mengikut lunas-lunas Islam hanya kerana mahu menjaga hati pemimpin DAP sedangkan hati umat Islam sendiri PAS ketepikan.
Sebab itu bila orang menemplak balik perbuatan PAS sekarang pandai pulak PAS mengelupur menuduh orang lain guna sentimen perkauman dan keagamaan untuk menjatuhkan mereka, pada hal ini lah kepakaran PAS yang sebenarnya, menghasut orang Melayu benci sesama Melayu dengan menggunakan sentimen perkauman dan keagamaan. Sekarang baru pandan dengan muka PAS setelah mereka sendiri dapat rasa racun yang mereka buat dulu telah makan diri mereka balik.
Nukilan: Shaikh Mohamed Noordin (fB)
Pusing Apa Saja ...habis semua tunggang langgang
BalasPadam99.99% la bro, bukan 99.1%
BalasPadamalhamdulillah....sembahyang hajat para ahlul bahlol PAS utk Allah tunjukkan parti mana yg benar , telah terjawab sekarang....Allah kembalikan semula kata kata cacian, umpat keji yg pernah di lakukan dulu dengan hinaan kepada tuan ampunya molot....
BalasPadammalangnya..otak para pengikut masih lagi di taraf BAHALOL...masih x boleh nak fikir yg sekarang ni Allah sedang membalas perbuatan mereka yg suka mencaci sedara sesama agama walaupun berlainan party.
sebagaii seorang islam yg tidak extreme..disini ingin saya memberi pandangan saya tentang Saudara Hadi Awang....apakah jasa Hadi Awang pada negara...seorang pemimpin yang memajukan negara...seorang yg berjasa pada negara...oh tidak...bagi saya beliau adalah seorang pemimpin munafik nau subilah....penipu,petaulang dan seorang yang Tidak pandai berfikir secara waras.....sebagai seorang islam yg disegani, beliau sepatutnya meningkatkan reputasi umat islam Di Malaysia di mata dunia bukan hanya mementingkan politik saja...kalaulah beliau jadi PM..pandaikah beliau mentadbir negara yg berbilang kaum.....saya rasa saudara Hadi Awang ni tak menonton TV atau Membaca perkembangan negara luar...kalau boleh Hadi Awang pergi ke google dan membaca pembangunan dunia islam seperti Dubai,Abu dhabi,negara Islam bekas jajahan Russia dimana pembangunan pesat di negara tersebut.Berlajarlah mengunakan teknologi yg caggih...janganlah macam katak bawah tempurung....Saya rasa saudara Hadi Awang banyak membuang masa dgn Amanat yang tak membawa menafaat kepada umat islam...Bertaubatlah wahai saudara Hadi Awang dan kembali ke jalan yang benar....kerana kamu tu hanya manusia biasa......
BalasPadam