Hudud Hanya Diguna PAS Sebagai Modal Politik


Semakin hampir tibanya pilihanraya, semakin galak pula isu Hudud dibincang sana sini. Ada yang beriya-iya nak laksana hukum tersebut dan ada pula yang kata nanti dulu sebab keadaan semasa belum mengizinkan.

Apa pun alasan yang diberikan, tak boleh ke isu hudud ini dibiarkan sejuk dahulu buat sementara waktu dari terus dibicarakan dan dijadikan modal politik kerana hendak memancing undi.

Pening kepala rakyat bawahan kerana setiap hari perlu bertelagah sesama sendiri, menentukan siap betul dan siapa salah tetapi pemimpin di atas seronok goyang kaki melihat rakyat menanggung beban yang diberatkan di bahu mereka oleh pemimpin-pemimpin ini.
Bagi penulis, isu Hudud yang dibawa oleh PAS yang tak lebih hanya sekadar untuk dijadikan modal politik semata-semata. Sudah lebih 20 tahun PAS menjadi kerajaan di Kelantan, tidak ada satu pendekatan serius diambil oleh parti politik yang menggunakan label Islam ini dalam usaha mereka untuk menerangkan mengenai hukum Hudud secara detail kepada umum biarpun peruntukan Enakmen Kanun Jenayah Syariah telah diluluskan di Kelantan sejak dulu lagi.

KUALA LUMPUR, 7 Okt, 2011 Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Daud Mohamad menegur kerajaan PAS Kelantan kerana tidak pernah serius memberi penerangan kepada masyarakat mengenai hukum hudud sekalipun sudah meluluskan peruntukannya hampir 20 tahun lalu.

Daud berkata, kempen dan pendidikan berterusan kepada rakyat mengenai hudud sepatutnya dilakukan tanpa henti sejak Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan diluluskan pada tahun 1993 lagi.

Beliau berkata, kerajaan negeri tidak sepatutnya hanya lantang bercakap mengenainya pada waktu-waktu tertentu sahaja kerana ia boleh menimbulkan keraguan niat sebenar kerajaan dalam melaksanakan hudud.

“Kerajaan mungkin mengambil masa pada peringkat awal. Namun supaya benda ini tidak berlaku pertikaian atau pertentangan, eloklah beri penerangan dan penjelasan, tapi ini pun satu hal kerana dari 1993 sampai sekarang kita tidak dakwah betul-betul pun pasal hudud ini, tidak ada.

“Padahal kita boleh dakwah dengan pelbagai cara, dengan risalah dan macam-macam. Pegawai dakwah kita ramai, ia sepatutnya berterusan, jangan hanya tunggu masa-masa tertentu sahaja, orang akan pandang lain pula,” kata beliau pada Wacana Pelaksanaan Hudud di Dewan Teratai, Kota Baru semalam.

Wacana khusus kepada pegawai kerajaan negeri dan persekutuan itu turut dihadiri pakar perlembagaan Prof. Dr. Abdul Aziz Bari dan Ahli Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Datuk Mohamed Daud sebagai ahli panel.

Daud yang merupakan salah seorang yang terbabit dalam merangka Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan juga berkata, kerajaan negeri sepatutnya tidak takut untuk melaksanakan hukum hudud sekalipun mendapat tentangan dan ugutan daripada banyak pihak.

Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.