Seharian tidak makan dan minum di siang hari kerana berpuasa sudah tentu menyebabkan tubuh badan kita kelihatan tidak bermaya seperti hari biasa.
Di bawah ini penulis ada sediakan beberapa tip yang boleh diamalkan agar bila kita berpuasa, tubuh badan dan minda berada dalam keadaan cerdas dan sentiasa segar bugar walau sedang berpuasa. Selamat mencuba...
1. Banyakkan minum air masak di malam hari
Separuh orang suka meminum minuman yang sejuk dan berais ketika bersahur mahupun berbuka puasa.Tahukah korang sebenarnya meminum minuman berais ni hanya menyebabkan badan kita menjadi lemah ketika berpuasa. Seelok-eloknya banyakkan meminum air masak dan kurangkan minuman berais.
2. Segerakan berbuka puasa
Berbuka segera dan jangan suka melengah-lengahkannya.
3. Amalkan memakan Buah Kurma.
Buah kurma ni banyak manfaatnya.Buah kurma mengandungi protein, vitamin B6, serat dan mineral. Ia juga dapat menjauhkan kita daripada berdepan dengan infeksi kulit selain melambatkan proses penuaan. Amalan memakan kurma adalah sunat. Ambil tiga biji kurma setiap kali berbuka kerana ia membantu mengembalikan semula paras gula di dalam darah ke tahap yang normal
4. Ambil makanan tambahan
Makanan tambahan yang saya maksudkan ialah vitamin dan multivitamin.Pengambilan vitamin bukan sahaja buat kita segar, tapi mampu memberikan kesihatan dan juga kulit yang cantik.
5. Tidur yang cukup jangan melebih pula.
Terdapat satu hormon penting yang berfungsi untuk merangsang penukaran Glikogen menjadi Glukosa, hormon Glukagon/anti-insulin. Hormon ini pula dirangsang oleh kegiatan tubuh badan kita. Maksudnya kalau badan kita melakukan aktiviti yang tidak berlebihan ketika berpuasa ia akan merangsang pengeluaran hormon Glukagon yang akan merangsang penukaran Glikogen menjadi Glukosa dan sekaligus membekalkan tenaga pada badan kita. Kalau kita asyik tidur je maka makin kuranglah tenaga badan disebabkan kadar gula di dalam darah yang dibiarkan turun secara mendadak. Sebab tulah orang berpuasa yang asyik tidur lagi penat dari orang berpuasa yang aktif.
6. Beriadah
Di bulan puasa ni, eloklah anda lakukan aktiviti yang tidak memenatkan seperti banyakkan berjalan dan isikan masa dengan perkara yang lebih berfaedah.
7. Sahur jangan tak sahur!!
Ada yang memandang remeh tentang bersahur ni.Bersahur dapat membekalkan kita tenaga semasa berpuasa di siang harinya.Setidaknya, dengan bersahur dapat mengurang sikit rasa lapar kita ketika di siang hari.
8.Makan makanan seimbang
Walaupun berpuasa, kita tetap perlu mengamalkan asas makan secara sihat iaitu makan pelbagai jenis makanan secara sederhana dan seimbang. Kita mesti mengambil makanan dari semua kumpulan makanan berasaskan Piramid Makanan. Ini kerana tidak ada satu makanan yang dapat membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita. Makanan kita mestilah mengandungi kumpulan-kumpulan makanan berikut :
a. Nasi, roti, bijirin dan hasil bijiin.
b. Buah-buahan dan sayur-sayuran
c. Ikan, ayam, daging dan kekacang
d. Susu dan produk tenusu
e. Sedikit minyak, lemak, gula dan garam
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.