KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan akan melaksanakan projek Loji Rawatan Air Langat 2 secara tender terbuka kepada semua syarikat yang berkelayakan.
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dalam kenyataan hari ini, berkata semua anak syarikat kerajaan negeri Selangor dialu-alukan untuk menyertai tender berkenaan apabila diiklankan kelak.
Menurut kenyataan itu, kerajaan Selangor sebagai pemilik aset air negeri mengikut Seksyen 188 Akta Industri perkhidmatan Air 2006, bertanggungjawab memastikan ketersediaan bekalan air terawat di loji rawatan air di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Tanggungjawab Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sebagai operator pengagihan air di Selangor pula adalah untuk membekalkan dan mengagihkan bekalan air terawat, bukan memastikan ketersediaan bekalannya, kata Kementerian itu.
Syabas diberi kuasa itu mengikut Seksyen 191 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006. - BERNAMA
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.