Tabiat Makan Daging Boleh Menyebabkan Risiko Kanser Perut

Sebagai salah satu bahagian penting dalam pencernaan makanan,usus berpotensi di serang barah akibat makanan yang dimakan setiap hari. Salah satunya makanan yang boleh meningkatkan risiko barah adalah daging merah.

Anda yang gemar memakan daging merah perlu berhati-hati kerana dipercayai memakan daging merah dengan jumlah yang banyak berisiko tinggi menghidap kanser perut.

Fakta ini diperoleh melalui penelitian terbaru oleh The European Prospective Investigation into Cancer and Nutrion (EPIC). EPIC mendapati mereka yang secara teratur makan lebih dua hidangan daging merah, berisiko tinggi menghidap kanser perut berbanding mereka yang makan kurang dari satu hidangan per minggu.

Penelitian ini juga mendapati risiko terjadinya kanser perut meningkat kepada mereka yang pola makannya kekurangan serat.

Mengikut laporan World Cancer Research Fund/American Institute for Cancer Research (2007), kita dinasihati untuk mengawasi pengambilan daging merah pada setiap minggu dengan tidak melebihi 500g (berat daging yang dimasak) atau 700 hingga 750g (berat daging mentah) manakala pengambilan daging yang diproses perlu dihadkan.
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.