'Seks' Bakal Disenarai Sebagai Acara Sukan Dalam Temasya Olimpik?


Nak meraih kejayaan dalam sukan, sesorang atelit itu kena lebih kerap melakukan hubungan seks. Mungkin apa yang penulis nyatakan ini nampak macam mengarut, tapi itulah hakikatnya dan turut diakui oleh atelit yang bertanding.

London: Temasya Olimpik London 2012 mungkin yang paling ‘panas’ dalam sejarah sukan itu selepas penganjur menyediakan 150,000 kondom Durex percuma, 15 untuk setiap atlit.

Angka itu melebihi 50 peratus berbanding di kejohanan Beijing pada 2008 yang menyediakan 100,000 kondom.

‘Selera seks’ peserta dilaporkan meningkat sejak kejohanan di Seoul pada 1988 hanya menyediakan 8,500 kondom percuma, lapor akhbar The Mirror.

Angka itu melonjak kepada 50,000 apabila pertandingan diadakan di Barcelona pada 1992 manakala penganjur Sydney 2000 terpaksa membeli tambahan 20,000 lagi kondom selepas 70,000 kondom yang ada kehabisan.

Peraturan benar teman peserta masuk

Ia mungkin ada kena mengena dengan peraturan membenarkan teman peserta masuk ke tempat penginapan atlit dengan 3,500 pelawat dijangka masuk setiap hari di 2,818 pangsapuri.

Malah, ujian kehamilan juga dikatakan turut ditempah. Satu sumber memberitahu akhbar itu: “Semua orang tahu keadaan di tempat penginapan sukan. Cuma, bagi atlit tempatan, mereka tentu lebih memberi tumpuan kepada menang pingat.”

Ketika ditanya bagaimana situasi ‘panas’ itu di perkampungan Olimpik, perenang Amerika Syarikat, Ryan Lochte berkata: “Saya rasa 70 hingga 75 peratus atlit terbabit.”

Peserta negara itu dalam acara menembak, Josh Lakatos pula berkata: “Keadaannya seperti di rumah pelacuran. Begitu banyak aksi panas.”

Lochte kemudian mengulas: “Ketika kejohanan Olimpik lalu, saya ada teman wanita. Sekarang, saya kembali solo jadi saya rasa teruja kali ini.”

“Bertanding dalam kejohanan Olimpik adalah kemuncak kerjaya anda, jadi mungkin ada yang sedia melakukan sesuatu di luar kebiasaan. Tetapi, saya yakin, jika saya nampak orang melakukannya, saya akan ketawa,” kata pemain bola tampar Britain, Shauna Mullin. - Agensi
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.