Pada Azizan Razak, mungkin selepas
mengarahkan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) menjual kembali
saham FGVH berjumlah 500,000 unit itu, maka isu akan selesai dan dia
tidak akan dipersalahkan lagi dalam hal tersebut.
Kata Azizan, dia sebagai Pengerusi PKNK
tidak dimaklumkan langsung mengenai pembelian saham FGVH itu oleh para
pegawai anak syarikat kerajaan negeri itu dan keputusan untuk membeli
saham tersebut tidak dirujuk padanya.
Dalam ertikata lain, Menteri Besar Kedah
itu mendakwa dia tidak tahu apa-apa mengenai pembelian saham tersebut
dan tidak terlibat sama sekali mengenainya.
Mungkin Azizan fikir dengan menyalahkan
CEO dan para pegawai PKNK maka PAS tidak akan marah padanya dan dia
tidak akan dituduh cuba mensabotaj kempen membantah penyenaraian saham
FGVH di Bursa Malaysia yang dipelopori Mazlan Aliman dan Mat Sabu.
Malah saya percaya bahawa Mat Sabu,
Mazlan Aliman dan kepimpinan PAS yang mengaku “terluka” atas pembelian
saham tersebut akan menjadi lebih parah apabila mendapat tahu bahawa
berkemungkinan besar bahawa Azizan telah berbohong kepada mereka.
Agak menyentap jantung Azizan Razak
apabila bekas Menteri Besar Kedah, Mahadzir Khalid tampil menempelak
Azizan dengan mendakwa bahawa ketua “kultus agama PAS” di Kedah itu
telah berbohong mengenai kenyataannya yang kononnya tidak tahu langsung
mengenai isu tersebut.
Menurut Mahadzir yang pernah menjawat
jawatan Pengerusi PKNK, sebarang urusan pengeluaran cek yang bernilai
lebih dari RM1 juta yang mestilah ditandatangani oleh Pengerusi PKNK dan
kelulusannya tidak boleh diputuskan oleh CEO.
Justeru, beliau melahirkan rasa hairan
apabila Azizan mendakwa dia sebagai Pengerusi PKNK tidak tahu apa-apa
memandangkan dia perlu menandatangangi cek untuk membeli saham tersebut.
Lagipun, hakikatnya jika Azizan Razak
tidak menandatangani cek itu, sudah tentu PKNK tiada wang untuk membeli
saham FGVH yang bernilai lebih dari RM1.3 juta itu.
Sebenarnya, saya tidak tahu apakah hukum
untuk melakukan pembohongan di dalam “agama PAS”. Namun Islam sebenarnya
melarang sama sekali para penganutnya untuk berbohong dan sekiranya
melakukan juga pembohongan maka dosa pelakunya akan dicatatkan malaikat.
Selain itu, bangsa Melayu juga melarang
keras pembohongan berdasarkan beberapa peribahasa, pantun dan ungkapa
lamanya. Sebagai contoh, “Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap
bohong lama-lama mencuri”.
Saya fikir, ramai juga yang diajar oleh
ibubapa masing-masing bahawa menipu itu dilarang sama sekali dan mungkin
ada dikalangan kita yang ditakutkan ibubapa masing-masing bahawa Allah
akan memotong lidah mereka jika berbohong.
Namun, Pesuruhjaya PAS Kedah ini
berbohongkah dalam hal menandatangani cek bernilai lebih sejuta ringgit
untuk membeli saham FGVH itu?
Atau Azizan lupa, tidak ingat, nyanyuk
atau sedang mengigau ketika diberikan cek bernilai jutaan ringgit itu
untuk ditandatangani?
Saya harapkan agar Azizan berterus terang
di dalam hal ini. Kalau dia tahu, katakan dia tahu. Dia juga tidak
perlu menyalahkan orang lain, menafikan kebenaran dan menipu dalam hal
tersebut seolah-olah dia tidak tahu. Kalau tahu, katakan tahu.
Saya sering mengingatkan Menteri Besar
Kedah itu untuk bekerja dengan cara Islam sebagaimana yang dia katakan
kepada seorang wartawan pada satu sidang DUN tidak lama dulu.
Namun selepas Azizan herdik wartawan
tersebut, dia pula dibuktikan dan dibongkarkan Allah melakukan kerja
dengan tidak ikut ajaran Islam yang sebenar. Mungkin Azizan Razak ikut
ajaran “agama PAS”, kot?
Mungkin Azizan Razak ikut ajaran “agama PAS”, kot?
BalasPadamMungkin kot. Jika tidak, takkan lah takkan Ustaz Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah dan Ustaz Nasruddin Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS suka2 nak buat macam tu. Mungkin juga dapat pahala. Jika pangkah PAS pun boleh dapat pahala, apa lagi mereka berdua ini yang sanggup berbohong demi mempertahankan maruah PAS.