Tentu anda mengenali Ahli Parlimen Kuala Langat yang sangat sinonim dengan HARAMJADAHnya setiap kali dia berceramah, kan? Dan tentunya anda juga mengetahui bagaimana dia cukup hafal dengan gejolak serta selok-belok rumahtangga Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor, Perdana Menteri Malaysia dan isterinya, sehinggakan banyak perkara yang tidak diketahui oleh orang lain, Abdullah Sani tahu.
Namun tahukah anda, hari ini, isteri Abdullah Sani telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Bandar Baru Kelang pagi tadi kerana telah dihalau oleh suaminya?
Walau apa pun puncanya kepada masalah rumahtangga Abdullah Sani dan isterinya, tindakan Abdullah Sani yang enggan membenarkan isterinya masuk ke rumah dan mengambil segala dokumen-dokumen penting, amat memusykilkan kita. Malah larangan Abdullah Sani ke atas kedua-dua orangnya daripada mengambil isterinya di Kelang Sentral juga, sebenarnya menimbulkan pelbagai persoalan.
Mungkinkah ini merupakan satu petunjuk kepada Abdullah Sani yang gemar sangat MENGHARAMJADAHKAN Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor selama ini? Atau barangkali dia memang memerlukan publisiti sebegitu rupa, bagi membolehkan dia mengekalkan kedudukannya dalam PKR dan sebagai Ahli Parlimen Kuala Langat?
Nampaknya segala HARAMJADAH telah terpalit ke batang hidung Abdullah Sani sendiri!!!
Sel13.com
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.