Kontroversi SYABAS Menyerlahkan Bertapa Kelam-Kabutnya Khalid Ibrahim


Apabila SYABAS menyatakan catuan air mungkin terpaksa dikenakan di seluruh Lembah Kelang berikutan simpanan air yang semakin menyusut, Khalid Ibrahim dan Pakatan Rakyat begitu pantas membuat kesimpulan bahawa SYABAS perlu diambilalih. Teori yang diberikan oleh Khalid Ibrahim dan Pakatan Rakyat Selangor ialah, apabila Kerajaan Negeri Selangor berjaya mengambilalih SYABAS, maka seluruh masalah berkenaan pembekalan air akan selesai.

Penyelesaian yang dianggap oleh Pakatan Rakyat mampu membodohkan penduduk dan pemain industri di Lembah Kelang.

Terbaru, Khalid Ibrahim mahu membuat rombakan pengurusan SYABAS. Sekali lagi Khalid Ibrahim dan Pakatan Rakyat sekadar bermain politik dan tidak mempunyai niat langsung untuk menyelesaikan masalah sebenar.

Masalah sebenar yang sedang mengancam penduduk dan rakyat Selangor adalah bekalan air mentah yang perlu dirawat sebelum disalurkan kepada pengguna. Bukannya pengurusan SYABAS!

Terdapat tiga konsortium yang memiliki loji-loji rawatan air. Mengapa hanya SYABAS yang cuba dipersalahkan oleh Pakatan Rakyat? Bagaimana pula dengan Puncak Niaga dan ABAS yang memiliki lebih banyak loji-loji rawatan air? Mengapa Kerajaan Khalid-Teresa langsung tidak peduli dengan ‘rintihan’ konsortium-konsortium itu yang loji-loji rawatan air mereka telah beroperasi melepasi kapasiti sebenar?

Jawapan bagi kesemua masalah tersebut ialah, Selangor memerlukan sebuah loji rawatan air yang mampu memproses dan seterusnya membekalkan air bersih untuk rakyat serta penduduk di seluruh Lembah Kelang.

Malangnya, Khalid Ibrahim pura-pura tidak nampak masalah itu. Dia tetap menyatakan bahawa yang menjadi masalah adalah SYABAS bukannya PUAS, ABASS mahupun SPLASH.

Suatu ketika dahulu, bekalan air di Selangor diuruskan oleh Jabatan Bekalan Air Selangor (JBAS) namun pertambahan permintaan tidak mampu dipenuhi oleh JBAS menyebabkan kerajaan negeri melantik Puncak Niaga pada tahun 1997 untuk menguruskan loji-loji rawatan air JBAS.

Krisis air pada 1998 menyaksikan kerajaan negeri melantik Konsortium ABASS untuk membina dan mengendalikan empangan dan loji air di Sungai Semenyih pada tahun 1999. Pada tahun yang sama, Syarikat Pengeluar Air Selangor (SPLASH) dilantik untuk membina dan mengendalikan loji air di Sungai Badung bagi mengekang krisis air daripada berulang.

Apabila Perbadanan Air Negeri Selangor (PUAS) yang diperbadankan daripada JBAS diswastakan bagi menanggung kos penggantian paip-paip lama penyaluran air yang berjumlah hampir RM2.6 bilion, SYABAS mula terlibat.

Apabila Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mengarahkan penstrukturan semula industri air di Selangor menerusi penggabungan syarikat-syarikat konsesi di bawah satu konsortium yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri kerana kegagalan SYABAS mematuhi beberapa syarat perjanjian, beberapa perkara menarik turut berlaku.

Kerajaan Negeri Selangor mempunyai beberapa peratus pegangan saham di dalam ketiga-tiga syarikat konsesi iaitu Puncak Niaga Holding Berhad, SYABAS, konsortium ABASS dan SPLASH. Pegangan saham Kerajaan Negeri Selangor di dalam ketiga-tiga syarikat konsesi tersebut adalah menerusi Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) iaitu 55% dalam ABASS dan 30% dalam SYABAS serta SPLASH.

Jun 2007, KDEB mengambilalih SPLASH dengan penguasaan 55% pegangan saham. Pengambilalihan itu mendapat sokongan dana daripada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). PAAB ditubuhkan pada Mei 2006 untuk penstrukturan semula industri air negara.

Pertambahan penduduk dan industri menyebabkan permintaan terhadap air semakin meningkat. Loji-loji rawatan sedia ada, tidak mampu lagi memenuhi kapasiti dan permintaan sehingga memerlukan sebuah loji yang lebih besar dan lebih berkeupayaan menghasilkan air terawat.

Malangnya, Loji Sungai Langat 2 yang dibina dengan pembiayaan Kerajaan Persekutuan telah disekat oleh Kerajaan Negeri sebaik-baik sahaja Pakatan Rakyat mengambilalih pentadbiran Selangor dari UMNO-BN.

Amaran demi amaran tentang reserve air yang semakin berkurangan telah diberikan, namun Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Khalid Ibrahim terus berdolak-dalih kerana mereka melihat perniagaan air sebagai amat menguntungkan dan mampu menjanakan pendapatan yang sangat besar kepada Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat berhutang besar dengan SYABAS kerana air percuma. Walaupun ianya memberikan sedikit faedah kepada rakyat Selangor, tetapi pada masa yang sama, Kerajaan Pakatan Rakyat yang kurang menitikberatkan perolehan, akhirnya menaikkan cukai pintu dan cukai tanah untuk mengumpulkan pendapatan.

Enggan membayar hutang menyebabkan Pakatan Rakyat melancarkan kempen mengambilalih SYABAS pada November 2011. Bagaimanapun, kempen tersebut tidak selari dengan keengganan Kerajaan Negeri Selangor untuk membenarkan pembinaan Loji Sungai Langat 2 yang amat diperlukan.

Kini, apabila didedahkan bahawa Selangor bakal menjadi medan malapetaka besar kerana kekurangan air, sekali lagi Pakatan Rakyat melancarkan kempen mengambialih SYABAS. Pakatan Rakyat Selangor cuba menimbulkan persepsi bahawa yang menjadi punca masalah adalah SYABAS. Seolah-olah di Selangor hanya SYABAS yang memiliki loji-loji rawatan air. Seolah-olah SYABAS sengaja menyekat aliran air untuk menaikkan tarif air dan seolah-olah UMNO terlibat dalam sekatan tersebut untuk menunjukkan kepada rakyat dan masyarakat pengundi yang Pakatan Rakyat tidak  mampu menyelenggara serta mentadbir Selangor secara lebih baik.

Khalid Ibrahim kian kelam-kabut sehingga mula bertindak bagaikan kartun animasi. Khalid Ibrahim langsung tidak berani menyentuh tentang keperluan Loji Sungai Langat 2 tetapi masih lagi berpegang bahawa bekalan air mentah cukup banyak dan boleh disalirkan ke seluruh Lembah Kelang.

Cumanya, Khalid Ibrahim tidak pula menyatakan yang dia serta Pakatan Rakyat sanggup menggunakan air yang tidak dirawat!!!


Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.