Nasib orang biasa yang menyertai Pas sebagai ahli parti tidaklah sebaik seperti mana yang diterima oleh kelompok artis yang menyertai parti politik itu. Kiranya jadi artis ni banyak kelebihanya.
Berbanding dangan penyanyi Aishah, nasib Abby lebih beruntung setelah menyertai Pas. Berbekal dengan rupa paras yang masih lagi cantik, sudah tentu dirinya diberi perhatian yang lebih oleh pemimpin Pas.
Berkat menyertai Pas sambil diberi tunjuk ajar oleh bijak pandai agama bertaraf tok guru dalam parti itu, tidak sampai dua hari, kini Abby sudah bergelar 'ustazah' dan diberi peluang menyampaikan tazkirah di atas pentas ceramah.
Jika dahulu, sebelum 'bertaubat' artis-artis ini menjadi bahan cacian Pas, tapi kini Abby sudah menjadi icon kebanggan Pas yang tidak boleh dikritik oleh sesiapa pun selepas Tok Guru Nik Aziz.
Dah nasib badan, itu sajalah yang mampu penulis katakan. Orang lain punyalah susah, sampai bertahun-tahun mendalami ilmu agama baru dapat gelaran ustaz dan ustazah, tapi hari ini dengan menyertai parti politik yang menggunakan jenama Islam, mempelajari ilmu agama seperti semudah ABC.
Mudah betul!
kesian abby.. :(
BalasPadam