ALOR GAJAH - Kementerian Dalam Negeri akan mengambil
tindakan tegas terhadap penganjur dan mereka yang terlibat dalam
perhimpunan bagi membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)
sekiranya mereka gagal mematuhi Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.
Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penganjur dan
mereka yang terlibat perlu memastikan perhimpunan tidak mengganggu
ketenteraman rakyat.
“Namun jika ada di kalangan penganjur yang tidak mematuhi sebarang
syarat yang dikenakan di dalam Akta Perhimpunan Aman cara saya tidak
akan pernah memberi amaran.
“Kita beri peluang untuk mereka mengadakan perhimpunan aman tetapi
jika melakukan di luar daripada syarat yang diberikan maka mereka harus
menanggung risiko,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, beliau menghadiri perasmian Sekolah Menengah Imtiaz Ulul
Albab di Masjid Tanah disempurnakan Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Khalil
Yaakob dan turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.
Ahmad Zahid mengulas rancangan pihak pembangkang untuk mengadakan
perhimpunan haram secara besar-besaran di ibu negara awal bulan depan
bagi membantah pelaksanaan GST.
Sehubungan itu, beliau turut menasihatkan pihak penganjur supaya
menukar lokasi perhimpunan itu dari Dataran Merdeka ke Stadium Merdeka
kerana dataran tersebut kini sedang dalam proses renovasi.
“Jangan jadikan Akta Perhimpunan Aman untuk (membolehkan) mereka
berhimpun di Dataran Merdeka, mereka boleh menggunakan Stadium Merdeka
setelah mendapat kebenaran.
“Kalau mereka tidak puas hati tentang apa-apa isu termasuk GST mereka
boleh nyatakan alasan dalam perhimpunan di stadium itu secara aman,”
katanya.
Mengulas mengenai kegiatan penculikan di Sabah, Ahmad Zahid berkata pasukan keselamatan negara sentiasa diletakkan dalam keadaan bersiap sedia kerana percaya kumpulan tersebut bukan sekadar merancang penculikan malah turut merancang untuk melakukan pencerobohan ke negara ini.
“Ada terdapat maklumat kita terima ada kumpulan sasarkan pesta tertentu di Sabah untuk ganggu serta lakukan penculikan.
“Tetapi kita tahu itu bukan sasaran mereka sebaliknya (mereka) menumpukan kawasan yang tidak diawasi pihak berkuasa,” katanya.
Umno-Online
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.