SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini
membayangkan beliau tidak akan mempertahankan jawatannya untuk penggal
ketiga.
Abdul Khalid dalam catatan terbaru Twitternya berkata: "Saya tidak bercadang menjadi Menteri Besar untuk penggal yang ketiga. Tapi saya akan terus berkhidmat hingga akhir penggal ini (penggal kedua).
"Dalam hidup ini, saya hanya mahu dikenang sebagai seorang yang berkhidmat kepada rakyat".
Sebelum ini, beberapa pihak terutama melibatkan rakannya dalam partinya sendiri seperti timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sering mengkritik pentadbiran kerajaan negeri membabitkan beberapa isu tertentu.
Ini termasuk isu penamatan perkhidmatan Mohamed Azmin sebagai Anggota Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan penamatan kontrak 20 petugas PKNS Holdings.
Terbaharu, Anggota Parlimen Jelutong dari DAP, Jeff Ooi dilaporkan mendesak Abdul Khalid dipecat ekoran kegagalan beliau menangani isu air di negeri itu termasuk pelan catuan air yang dilaksanakan.
Bagaimanapun, kerajaan negeri Selangor hari ini mengumumkan penamatan catuan air di semua kawasan terlibat mulai esok.
Abdul Khalid yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua pada Mei tahun lepas merupakan orang pertama dalam kalangan pemimpin pembangkang yang dilantik ke jawatan itu.
Kesemua 13 MB Selangor sebelum ini daripada Umno, parti komponen utama BN.
Abdul Khalid dari PKR mengangkat sumpah pertama kali sebagai menteri besar pada 13 Mac 2008, empat hari selepas PRU 2008.
Barisan anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor mengangkat sumpah pada 23 Mac.
Pada PRU13, pakatan pembangkang memenangi 44 daripada 56 kerusi Dun Selangor, meningkat daripada 36 kerusi yang diperoleh pada 2008.
PKR menang 14 kerusi berbanding DAP dan Pas yang masing-masing memperoleh 15 kerusi. BN memenangi 12 kerusi. - Bernama

Semuanya kehendak Allah... walaupun PR menang di selangor... tetapi takdir Allah khalid terpilih menjadi mb dan bukan mereka2 yg lain spt azmin yg dasarnya memang berjuang kerana anwar. Khalid yg berpengalaman berkhidmat utk kerajaan bn di pnb ..guthrie rupanya menjadi penyelamat kpd negeri selangor daripada kemungkinan kerakusan pemimpin lain dlm pr... spt azmin... atau npemimpin pas yg kita tau lebih banyak berceramah dari buat kerja dan kalau terpilih jadi mb pun akan menjadi pak turut kpd dap. Kewarasan khalid tidak mendorongnya utk berkhidmat membabi buta utk anwar dan konco2nya tetapi utk rakyat. Semangat sayangkan bangsa dan agamanya mungkin lebih ikhlas dari pemimpin2 pas
BalasPadamDalam politik biasanya kalau tak ikut telunjuk orang tertentu pasti tidak akan bertahan lama
Padam