PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada
selasa melahirkan kekecewaan terhadap tindakan Pejabat Ketua Menteri
Sarawak menyekat kemasukkan Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution
Ismail ke negeri itu.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, tindakan menyekat
Saifuddin yang tiba di Lapangan Terbang Sibu pada pukul 11 pagi Selasa
adalah diluar sistem demokrasi.
Menurutnya, Saifuddin tiba di Sibu untuk membantu jentera PKR berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Balingian.
"Sejurus tiba di Sibu pagi ini, beliau telah dimaklumkan pegawai yang
bertugas bahawa satu arahan telah dikeluarkan oleh Pejabat Ketua
Menteri Sarawak pada 22 Mac untuk menyekat beliau daripada memasuki
Sarawak.
"Oleh itu, Saifuddin kini sedang menunggu penerbangan balik ke Kuala Lumpur," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Sehubungan itu, Fahmi memberitahu, PKR mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak demokratik tersebut.
"Cukup jelas pengaruh politik kuku besi Taib Mahmud (Tan Sri Abdul
Taib Mahmud) masih berleluasa walaupun ketua menteri sudah bertukar
ganti dan pengaruh ini terus merencatkan perkembangan demokrasi di
negeri Sarawak," dakwanya.
Kalau masuk nak buat dajai, hembur fitnah, bohong, dok maki saja berjela dari buat ucapan, elok tak yah masuk......
BalasPadamMamat tu nak jual belacan dia kat Sarawak tetapi orang Sarawak tak makan belacan... kah kah kah kiok!!!!
BalasPadam