PUTRAJAYA: Peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah diberi
kuasa oleh Peguam Negara untuk mengetuai pasukan pendakwaan dalam
prosiding rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur yang melepas dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada
tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Muhammad Shafee berkata pada Isnin beliau menganggap pelantikannya
sebagai Timbalan Pendakwa Raya untuk prosiding rayuan itu sebagai
khidmat awam dan akan menjalankan tugasnya dengan baik.
Beliau berkata ia adalah kali pertama seorang peguam dilantik oleh
Peguam Negara untuk terlibat dalam pasukan pendakwaan bagi kes jenayah
berprofil tinggi.
Beliau memberitahu dia dibayar gaji untuk memastikan bahawa pelantikannya secara kontrak adalah sah.
"Ia adalah satu jumlah yang kecil semata-mata untuk memastikan
kontrak saya sah," katanya yang enggan mendedahkan jumlah tersebut
kepada media.
Beliau berkata tiada sebarang konflik kepentingan terhadap saya untuk bertugas sebagai pendakwa raya.
Menurutnya, beliau telah dilantik oleh Peguam Negara dengan fiat
(kebenaran) di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Prosedur Jenayah (CPC) dan
Artikel 145 (3) Perlembangaan Persekutuan untuk mengendalikan kes rayuan
di Mahkamah Rayuan.
Beliau berkata telah diberi kebenaran oleh Peguam Negara di bawah
Seksyen 379 CPC untuk bertugas mewakili kerajaan bagi rayuan jenayah.
"Saya menerima surat bertarikh 2 Julai yang ditandatangani oleh
Peguam Negara pada 11 Julai. Beberapa dokumen lain mengenai kontrak saya
akan dilengkapkan pada Jumaat," katanya.
Jelasnya, beliau juga boleh mengendalikan kes lain selagi tidak wujud sebarang konflik.
Anwar dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 9 Januari
tahun lalu daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadi beliau, Mohd
Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara
pada 26 Jun 2008.
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.