SERDANG: Tiga atlet bola baling, berumur antara 18 dan 19, telah ditahan berhubung kes rogol rakan sepasukan daripada skuad wanita.
Ketiga-tiga remaja itu ditahan sehari selepas mangsa membuat laporan polis pada Rabu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Supt Lam Chin Fei berkata,
ketiga-tiga remaja lelaki itu ditahan reman sehingga 11 Julai ini bagi
membantu siasatan.
"Kami mengklasifikasikannya mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
"Mereka boleh berhadapan dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan," katanya.
Gadis itu yang berumur 19 tahun, yang mengambil bahagian dalam Sukan
Malaysia (Sukma), mendakwa dia dirogol di perkampungan sukan di
Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 3 Julai.
Gadis itu mendakwa telah keluar minum dengan beberapa rakan sepasukan pada malam dia didakwa dirogol.
Perkara seterusnya yang disedarinya apabila dia berbogel dan ditindih oleh seorang lelaki pada kira-kira pukul 4 pagi.
Dia mendakwa dirinya berada dalam keadaan separuh sedar apabila ketiga-tiga remaja itu merogolnya secara bergilir.
DSP Lam menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes itu
supaya menghubungi hotline polis di 03-2052 9999 atau berkunjung ke
balai polis berhampiran.
mStar
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.