SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan tetap meneruskan projek Datum Jelatek
walaupun mendapat bantahan daripada bekas penduduk di tapak asal projek
itu.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata walaupun projek itu kini hangat diperkatakan, proses tender telah dijalankan.
Beliau menjawab soalan Mat Shuhaimi Shafiei (PKR-Sri Muda) pada sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini, mengenai status terkini projek itu dan adakah benar projek itu membuka ruang yang terlalu besar kepada pembeli rakyat asing.
Abdul Khalid berkata beliau telah mengarahkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menetapkan 50 peratus daripada 337 unit kediaman di projek Datum Jelatek itu ditawar kepada pembeli Bumiputera.
Projek Datum Jelatek di atas tapak seluas 2.4 hektar di sebelah Stesen LRT Jelatek melibatkan pembangunan empat blok bangunan kondominium mewah, hotel, pejabat dan pusat membeli-belah.
Menurut Abdul Khalid sebanyak 1,029 permohonan daripada pembeli Bumiputera diterima untuk membeli 337 unit yang ditawarkan projek Datum Jelatek.
Katanya pembayaran pampasan kepada pemilik rumah pembangunan asal sudah dilakukan, tetapi terdapat 14 pemilik asal yang tidak bersetuju. - Bernama

0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.