BERITA mengenai Emma Watson, tiba-tiba menjadi kecoh apabila dia dikatakan sudah meninggal dunia pada Jumaat lalu.
Menurut laporan portal Dailymail, khabar angin itu mula
tersebar di Internet kononnya wanita berusia 23 tahun itu meninggal
dunia di Zermat Ski Resort di Switzerland.
Emma kononnya dilihat seorang saksi telah hilang pertimbangan ketika
bermain papan luncur sehingga membuatkan dia jatuh dan meninggal dunia
dalam kejadian itu.
Bagaimanapun, jurucakap Emma terus membuat kenyataan bahawa berita tersebut adalah palsu.
Pada Sabtu lalu, khabar angin itu mula menjadi bualan apabila
Facebook kelab peminatnya iaitu ‘R.I.P Emma Watson’ mendapat tanda
'like’ hampir 1 juta orang.
Berita palsu berkaitan kematian bukan sesuatu yang baru di kalangan
selebriti Hollywood. Artis-artis seperti Jon Bon Jovi dan Usher juga
pernah dikatakan meninggal dunia sebelum ini.
mStar
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.