PETALING JAYA: Tunang kepada pelakon Shahrizal Jaszle iaitu
Redzwani Puteri, 25, menyerahkan segala-galanya kepada pelakon lelaki
itu untuk menyelesaikan segala masalah selepas pendedahan pasangan
khalwatnya dalam program Melodi, Ahad lalu.
Redzwani, 25, berkata, dia tidak dapat memberi sebarang kenyataan berhubung isu tersebut.
"Maaf banyak-banyak kerana saya sedang sibuk. Berkenaan isu tersebut
saya serahkan kepada Shahrizal untuk selesaikan," katanya melalui
khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online, di sini, Selasa.
Shahrizal dan Redzwani bertunang pada 8 November 2011 dan dijangka berkahwin pada 2015.
Pada Ahad lalu, seorang wanita yang mendakwa pasangan khalwat
Shahrizal mendedahkan bahawa kejadian penangkapan yang dilakukan oleh
Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) itu bukan satu perangkap.
Malah wanita itu berkata, Shahrizal, 25, yang dikenalinya sejak
setahun lalu telah berjanji untuk bertanggungjawab menyelesaikan perkara
tersebut.
Dia turut mengakui mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon drama Asmara itu.
Sementara itu, Ibu dan pengurus aktor tersebut yang dikenali sebagai
Zaleha juga tidak mahu memberi sebarang reaksi berhubung pendedahan
wanita dalam program hiburan TV3 berkenaan.
"Maaf, saya tidak boleh nak bagi apa-apa komen. Perkara tersebut akan
diselesaikan melalui satu sidang media yang akan dibuat oleh Shahz
dalam masa terdekat ini," katanya.
mStar
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.