KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno menolak cadangan untuk
menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal yang akan
mewakili masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, sistem parti komponen dalam BN
yang mewakili kaum tertentu dilihat masih relevan dalam amalan politik
di Malaysia.
"Masanya belum sesuai untuk BN dijadikan parti tunggal.
"Pemuda Umno mahu komponen dalam BN kekal sebagai parti yang mewakili
bangsa masing-masing seperti sedia ada," katanya pada sidang media
selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda Umno di Pusat Dagangan
Dunia Putra (PWTC) di sini, Khamis.
Ini merupakan mesyuarat pertama Exco Pemuda selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei lepas.
Cadangan menjadikan BN sebagai parti tunggal disuarakan pemangku
Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn yang mahu BN bersifat sebagai satu
parti.
Chang sebelum ini berkata usaha ke arah itu perlu dilakukan kerana
PRU-13 menunjukkan pengundi bandar dan pengundi muda tidak lagi mengundi
berdasarkan kaum.
Mengulas lanjut Khairy sebaliknya mencadangkan supaya resolusi yang
diluluskan Dewan Tertinggi BN sebelum ini bagi membuka keahlian terus
tanpa menjadi ahli kepada mana-mana komponen BN diaktifkan semula
sebagai alternatif kepada cadangan BN menjadi parti tunggal.
Sumber: Mstar
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.