KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
pada Ahad mengeluarkan notis dua jam kepada kumpulan yang berkhemah di
Padang Merbok di sini untuk mengosongkan kawasan itu.
Pegawai Penguatkuasa DBKL yang ditemui di kawasan itu berkata, notis
tersebut dikeluarkan pada pukul 10.15 pagi supaya membuka dan
mengalihkan khemah yang didirikan di tempat awam tanpa kebenaran Datuk
Bandar Kuala Lumpur.
"Kita bagi masa sehingga pukul 12.15 tengah hari ini kepada mereka
namun jika mereka gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan tindakan akan
diambil," katanya ketika ditemui di sini, Ahad.
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin
atau dikenali Cikgu Bard berkata, kira-kira 100 buah khemah didirikan
di kawasan Padang Merbok itu selepas perhimpunan Black 505 pada Sabtu.
"Semalam seramai 246 orang yang bermalam di sini dan hari ini kita
akan bertindak mengikut keadaan semasa serta bergantung kepada arahan
DBKL," katanya. - BERNAMA
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.